Ahad, 2 Mei 2010

Palestin di Hatiku


Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah,

Ana bersama beberapa orang sahabat kita (Munzir, Humaira', Zakaria, Najihah, Afifah) baru sahaja selesai mendengar ceramah Palestin di KL malam semalam (habis pukul 12 lebih).

Badan Kebajikan Palestin di bawah naungan JIM dan IKRAM,Aqsa Syarif telah mengadakan program sponsor anak yatim Palestin. Mereka adalah anak para syuhada' yang gugur dalam peperangan dsb.HanyaRM170 sebulan.

Rasa-rasanya keluarga kebanyakan kita mampu sangat. Moga anak itu, walau seorang sahaja sekalipun, nyawanya luar biasa nilainya di sisi Allah. Bak kata Dr Tengku Shaharom (penceramah Aqsa Syarif),"Saya boleh jamin, kalau anda semua keluarkan semua wang dalam dompet anda untuk Palestin, anda tidak akan mati kebuluran bulan ini. Tetapi jika kita tidak mahu menyumbang, saya boleh jamin ada saudara kita yang akan mati kebuluran di sana bulan ini juga (disebabkan sekatan Israel dan sifat kedekut kita)."

Seorang wakil HAMAS pernah berceramah di Malaysia, menyatakan, "Wahai orang Malaysia! Jika kamu tidak melakukan apa-apa untuk membantu kami, kami akan tuntut di akhirat nanti atas kelesuan kamu. Kami tidak akan memaafkannya!" Masya-Allah, jika seorang syuhada' ingin menghalang kita dari masuk syurga, adakah Allah akan mendengar rayuan syuhada' yang telah berkorban nyawa dan segalanya di jalan Allah itu atau kita yang banyak dosa ini?

Sebaliknya, rakyat Palestin sendiri ingin menarik tangan umat Islam yang membantu perjuangan mereka, membantu mereka meneruskan kehidupan melalui sumbangan-sumbangan, penerangan dan kiriman doa, mereka ingin menarik tangan kita Insya-Allah ke syurga. Moga menjadi pemberi syafaat kita di akhirat kelak.

Kita tidak disuruh bertempur dan berjihad dengan berperang, sebaliknya cukup hanya sekadar bantuan kewangan sebanyak mungkin. Kita belum dituntut berjihad dengan bom molotov atau mesingan atau lontaran ketulan konkrit kepada kereta kebal yang tak lut pun, tapi setakat ini kita hanya diminta berjihad dengan dompet.Berat sangatkah itu bagi kamu wahai umat Islam?

Terpulang untuk sponsor berapa bulan. Sebulan seorang anak yatim, RM 170. Sekeluarga warga Palestin, RM 850 sebulan. Atau sebanyak mana pun wang yang mampu anda sumbangkan. RM 50? RM 10? RM 1000? Jika rumah anda terbakar misalannya, adakah anda berasa puas hati jika orang sekadar menyumbangkan kepada anda 50 sen, 10 sen, 20 sen? Sedang mereka yang kononnya prihatin itu sendiri hidup senang, sekali ke supermarket menghabiskan RM 300 contohnya.

Wallahu a'lam. Isu Al-Aqsa dan bumi Palestin adalah isu aqidah dan maruah umat Islam yang sedang diinjak-injak Zionis. Apakah tindakan anda sekarang?

Maklumat terkini palestin boleh didapati di palestinkini.info, atau aqsasyarif.com, atau http://jundaqsa.blogspot.com

Sumbangan boleh disampaikan terus melalui pihak Sekolah Al-Amin, atau Hj Zameran, saudara Mus’ab Muzahar (abang Munzir), akhi Sufyan KRJ atau boleh terus kepada pihak Aqsa Syarif.

Aqsa Syarif, 03-87334636 (tel), 03-87339636 (fax),www.jundaqsa.blogspot.com, emelnya admin@aqsasyarif.com

No. akaun: maybank - 5515 7500 4299

Atau boleh sampaikan melalui ana, atau Munzir, Zakaria, Najihah, Humaira' dan Afifah. Kami baru sahaja bergelar sukarelawan Aqsa Syarif (dengan restu wakil Aqsa Syarif sendiri, bukan kami memandai sendiri hehe) biarpun belum dirasmikan secara bertulis.

Ps. Rujuk pandangan ustaz Yusuf Qardhawi, mafhumnya, seluruh umat Islam wajib membantu Palestin. Termasuk mereka yang tidak diwajibkan mebayar zakat, sebab umat Islam di sana lebih desperate (rujuk kata Dr Tengku Shaharom di atas).

Pps. Terjemahan hadith nabi, "Barangsiapa tidak mengambil berat hal kaum muslimin, maka mereka bukan di kalangan mereka (Muslimin)".Bukan sekadar mengambil tahu, mengambil berat.


Muhammad


http://astrangemuslim.blogspot.com

1 ulasan:

Unknown berkata...

x perasan pulak nta post tentang ni..

Catat Ulasan

Ayuh, lontarkan pendapat dan komen masing2.. bukalah minda anda..(^^,)