Khamis, 31 Disember 2009

Alhamdulillah..Puas Hati!!




" Tempat ketiga dalam pertandingan nasyid kategori syabab ialah SMI Al Amin Kemaman!!"

kami kekagetan, biar betul !! Alhamdulillah.. ini adalah kuasa Allah!!

kenape ana kate macam tu?? sebab kami langsung x sangka dapat tempat ketiga. kami sangat berpuas hati ... kami sebenarnya x berapa ready untuk pertandingan tu... tambahan lagi persaingan antara group ikhwah sangat sengit, mereka bawak group nasyid, perkusi mantap, pakaian pulak seragam dan lawa2...

berikut adalah kronologi sebelum pertandingan itu...

18hbdisember : ana, nazifi, mujahid dan nuaiman record lagu dalam cd.. terpaksa siapkan malam tu jugak sebab ana dan nazifi akan bertolak awal esok. ( pembantu urusetia ) hafizuddin pulak x de nak record main perkusi, terpaksa la record satu2 dan edit dengan menggunakan teknik penindihan dalam ' movie maker '... malam tu memang x tidur, sedar2 dah subuh.

19hbdisember : lagu yang direcord disimpan dalam komputer AMT untuk dijadikan bahan rujukan adik2 yang datang berlatih... ( ana pesan pada diorang supaya hafal lagu nasyid tu dan berlatih sesama sendiri supaya x de masalah sangat nanti )...

Pada masa yang sama, ana yang berada di The Woods cuba hafal, tapi x ingat2, sentiasa sibuk, angkat pondok, tebang buluh,, waduh2, penat banget!! harapan ana cuma pada adik2..

bila kontinjen SMIAAK dah tiba, tetap juga x ada masa untuk berlatih sebab ada tanggungjawab lain, tambahan pula, kami diberi amaran supaya tidak terlalu rapat dengan sekolah masing2... nak buat camne ni?? Sorry...


22hbdisember : hari ini hari pertandingan,petang tu kami ambil masa berlatih, petang tu decide intro macamane, pakaian ape nak pakai dll... kebetulan nampak sorang adik ni ( izat muqri ) bawak 'recorder' ( something like flute ).. dapat satu idea! syukran kepada izzat muqri. \(^_^)/..
**tergugat juga semangat bile dengar pasukan dari Al Amin Bangi,eminence ( johan ) berlatih. hebat!!

malam tu dapat giliran nombor 8..Alhamdulillah. x berdebar sangat.. sampai giliran kami, kami buat sehabis baik..( tapi sebenarnya x puas hati sangat sebab macam berterabur )..kami redha je..

hari last, kami dapat keputusannya...

* ana sebenarnya sangat kagum dengan kontinjen banin sebenarnya terutamanya pada adik2 f2 yang mana paling ramai dalam kontinjen tu... mereka bersemangat!! mereka membuktikan bahawa mereka boleh walaupun abang2 x ramai, abang2 yang ada pun, ramai jadi pembantu urusetia... Syukran Jazaak!! x lupe jugak pada mereka selain f2.. ini membuktikan antum berjaya membimbing mereka dangan baik..

* adik2 form2 yang masuk nasyid ialah ammar, anas, muttaqin , syamil,ikmal, mujahid dan nuaiman... x de diorang, x menang punye.

* seterusnya, ana, akh naimin, akh akram, akh nazifi dan akh hafizuddin...

* 3/14.. okeyla tu.. Alhamdulillah.

p/s : sebenarnya nak bawa drum.. tapi last minute x jadi.. nasib baik ada hafizuddin, die buat 'konga' tu macam drum."^_^

Selasa, 29 Disember 2009

KADER DU`AT siap??!!!!!!!!!!!!!!! -siap-



3 HARI 2 MALAM.........Di Sekolah Al-Amin Gombak:-

PESERTA DARI SMIAAK
1.MUHAMMAD MUNZIR MUZAHAR
2.MUHAMMAD IRFAN BAHRIN
3.ZAKARIA ZULKIFLI
4.AMIRAH MAZLAN
5.NUR AFIFAH ALI
6.NURUL NAJIHAH KHAIRUDIN
7.SITI AMINAH SALEH

INSYAALLAH akan kami kongsikan serba sedikit pengalaman kami di LATIHAN KADER DUAT 2009....

sesungguhnya kami adalah dalam kalangan orang-orang yang beruntung kerana dipilih Allah untuk menyertai program LKD ni....

Tentatif program....

2009
25 DIS

2.30-4.00 : TAKLIMAT
5.00-6.00 : LDK 1 (PERBINCANGAN TENTANG NAMA KUM. DLL)
7.00-8.30 : PEMUDA DAN PERUBAHAN,oleh :Ust. Fathurrahim

26 DIS

4.00-5.30 : QIAMULLAIL
8.00-9.30 : CIRI KHUSUS ISLAM,oleh :Dr. Najibah
9.45-11.45 : CIRI KHUSUS DAKWAH,oleh :Ust. Shamsul Maarif
12.00-1.30 : LDK 2 (BENTANG TENTANG TINDAKAN PARA KADER)
5.00-6.00 : CIRI KHUSUS USRAH,oleh :Ust. Muhaimin Al-Hafiz
9.00-9.30 : MAKAN MALAM BERSAMA PRAMUKA INDONESIA
10.00-11.40: CIRI DAIE,oleh :Ust. Hajar Opir

27 DIS

4.30-5.30 : QIAMULLAIL
8.00-9.30 : TARBIAH ZATIAH,oleh: Dr Azhar Zailani
9.45-11.45 : LDK 3 (resolusi)

alhamdullilah,pengisian program mantap-mantap..........

1.CIRI KHUSUS ISLAM
- rabbani
- syumul
- umum
- seimbang dan sederhana
- tetap dan anjal
- jelas
- ideal dan realistik
- balasan dunia dan akhirat

2.CIRI KHUSUS DAKWAH
- robbaniyyah
- islam sebelum jemaah
- menyeluruh
- semasa tidak taqlid
- setempat dan antarabangsa
- ilmiyyah>tauiyah islamiah>wa`yu islami
- basiroh islamiyyah
- manna`ah islamiyyah
(makrifah mabda'+makrifah fikrah+makrifah manhaj = PENGUASAAN TEORI)
(kemahuan yang kuat+kesetiaan dan ketsabatan = PENGUASAAN MAKNAWI)
(gerakan berterusan+semangat berkorban = PENGUASAAN AMALI)

3.CIRI KHUSUS USRAH
- ruhiyah
- fikriyah
- dakwiyah
- fungsi usrah :mentarbiyyah,mengatur amal, menyusun organisasi

4.CIRI DAIE
- kecerdikan organisasi
- pengawasan pemikiran
- sederhana dan seimbang
( tidak terburu-buru/termengah-mengah )
- ruh persaingan
- ruh yang tinggi

*Nama yang dipilih untuk menjadi wakil dari setiap negeri:-
TERENGGANU
-Muhammad Munzir Muzahar
-Nurul Najihah Khairudin

P/S :Kepada mana-mana Batch 5, jangan sedih kerana tidak dapat menghadiri LKD ni, insyaAllah program susulan akan menyusuli selepas ini....nantikannya...


PRINT!!!!!!!PMR!!!!!!



ALHAMDULILLAH,segala urusan berkenaan dengan PRINT telah selesai....KAMI rasanya tak nak sentuh sangat tentang PRINT sebab sudah ramai yang telah menyentuhnya. Namun di sini kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan pencapaian yang telah kami peroleh di program itu insyaAllah...

kategori BANIN...
1.TEMPAT KETIGA NASYID
2.JOHAN OBSRACE (KUMP. MUHAMMAD IRFAN BAHRIN)
3.TEMPAT KETIGA OBSRACE (KUMP. SALAHUDDIN AYUB)
kategori BANAT...
1.JOHAN KEM KRAF
2.NAIB JOHAN NASYID
3.JOHAN OBSRACE (KUMP. MARDHIYYAH ABAS)
4.NAIB JOHAN OBSRACE (KUMP. NURUL NAJIHAH KHAIRUDIN)
5.TEMPAT KETIGA OBSRACE (KUMP. AMIRAH MAZLAN)
TERIMA KASIH KEPADA PARA MU`ALLIM MU`ALLIMAH YANG BERSUSAH PAYAH MEMBERI TUNJUK AJAR DARI SEGI KEMAHIRAN,PERSEDIAAN DAN LAIN-LAIN......
mu`allim KHAIRUDIN,AZMAN
mu`allimah AINON,ROSHAYATI,NURUL AIN,AZLINDA,ZULIANA DAN HAYATI




DI SINI JUGA KAMI INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR LEPASAN PMR 2009
tak kira yang mendapat 9A mahupun memperoleh 8A juga 7A,tidak lupa kepada mana-mana yang meraih 6A,5A atau 4A...di samping itu,tidak dikecualikan kepada sesiapa yang mengaut 3A,2A atau 1A mahupun yang tidak berjaya memperoleh/meraih/mengaut/mendapat mana-mana A...
Apa yang penting sebenarnya ialah usaha KITA....bukannya hasil yang KITA peroleh,
KEJAYAAN yang diperoleh itu hanyalah suatu KREDIT untuk KITA top-up diri KITA pada masa hadapan INSYAALLAH....
Bagi yang tidak berjaya mencapai target,ingatlah bahawa MAKARU WAMAKAROLLAH, WALLAHUL KHAIRUL MAKIRIN...SODAQOLLAHUL `AZIM.(kamu merancang dan Allah juga merancang,dan (sesungguhnya) ALLAH adalah sebaik-baik perancang..)

P/S :kita sebagai pelajar jangan terlalu bangga dan jangan pula lupa diri bila dah dapat keputusan cemerlang,ingat yang bahawasanya kejayaan yang dimiliki hanyalah sementara dan itu semua datangnya daripada Allah......JANGAN lupa jasa mu`allim mu`allimah di sekolah masing-masing.Kini,tibalah masa untuk anda membangunkan sekolah bukannya meninggalkan sekolah....WALLAHU A`LAM

UBAT DAN PENAWAR PENYAKIT HATI


• MARAH
Marah adalah salah satu penyakit hati.Penyembuhannya boleh dengan cara memberikan ubat kepada apa atau siapa yang dimarahinya.Jika ia mengubatinya dengan cara yang betul dan penuh hikmah,berjayalah ia disembuhkannya.
Sebaliknya jika ia mengubatinya dengan cara yang salah atau batil,maka akan hanya bertambah rasa sakit dalam hatinya.
• CINTA DAN RINDU
Hal itu tidak ubahnya dengan seseorang yang mengubati penyakit rindu (atau cinta) dengan cara berdua-duaan, atau dengan perkara-perkara yang menghampiri zina , untuk melepaskan rindu;dengan bertemu (dating), menelefon atau mengirim mesej dengan kata-kata romantic,atau melalui apa jua yang memabukkan atau mengkhayalkan (seperti dengan minum arak atau menghisap dadah, dll), maka ia hanya semakin bertambah parah sakitnya, dan lama-kelamaan akan menimbulkan pelbagai penyakit sampingan yang lebih berbahaya daripada penyakit yang ada.
• GELISAH,SEDIH
Perasaan gelisah,sedih, dan kecil hati tidak dinafikan ianya menyakitkan hati.Ubatnya adalah berusaha menenangkan fikiran dengan mendekatkan diri dengan Allah,banyakkan berzikir,sehingga akan lahir ketenangan, perasaan gembira, suka ria dan besar hati.Sebaliknya, jika ia menggunakan cara yang salah dan batil, bukan sahaja tidak dapat sembuh,bahkan semakin banyak penyakit yang akan berjangkit kerananya.
• RAGU-RAGU
Orang yang kerap berasa bimbang dan ragu-ragu terhadap sesuatu di dalam hatinya,akan sentiasa sakit sehinggalah kebimbangannya tersebut hilang.Ketika seseorang dilanda kebimbangan ;ibarat keadaan suhu orang yang sedang naik menjadi panas, sehingga ia memerlukan pendingin yang boleh menyejukkannya iaitu embun hidayah keyakinan yang benar.Itulah dia tauhid dan hidayah yang boleh melapangkan dada dan menunjukkan jalan kebenaran.
• KEJAHILAN
Kejahilan dan kebodohan juga meupakan penyakit yang menjangkiti hati.Sesetengah orang yang mengubatinya dengan mencari ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat yang beranggapan bahawa penyakit jahil di atas boleh disembuhkan dengan apa sahaja ilmu, mengikut keperluan semasa seseorang.Padahal sebenarnya ia hanya akan menambahkan rasa sakit yang tersembunyi di dalam hati itu sendiri.
Jadi, yang boleh menyembuhkan penyakit jahil itu hanya ilmu yang bermanfaat sahaja.Lebih-lebih lagi ilmu yang menyentuh persoalan iman,keyakinan dan takwa kepada Allah,pembalasan buruk baik danyang berkaitan dengan balasan syurga dan neraka di AKHIRAT

Isnin, 28 Disember 2009



sama - sama kita hayati video klip nasyid ini... indahnya Islam dan hebatnya kuasa Allah.
sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa memberikan hidayah kepada Manusia..BERSYUKURLAH!!

Jumaat, 18 Disember 2009

Salam Ma'al Hijrah 2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih kita diberi panjang umur untuk menyambut 1431 hijrah alhamdulillah. Kalau Allah matikan kita sebelum ni, na'udzubillah, entah dah cukup ke belum amalan kita. Dari kita lahir 1413H sampai 1431 H, Allah beri nikmat hidup. Berapa banyak lagi ya yang tinggal?

Ada satu sindrom, dipanggil Sindrom Tahun Baru. Sindrom ini ada beberapa kategori:
  1. Tunggu tahun barulah, baru nak berubah, pasang azam. (Baru Bulan Februari, dah cakap macam tu).
  2. Tak sedar pun tahun baru. Kalau sedar pun, tak ada bezanya dengan tak sedar.
  3. Warm-warm chicken poo. Hurrun hurrun najsud dajaajah. Sekejap saja. Pepatah yang memang sinonim dengan orang melayu (yang layu le). Er... orang Islam? Bunyinya macam pedas, tapi yang empunya diri terpaksa mengakui realiti ini. Sampai tak Februari? Atau Safar?
Anyway, tahun depan, menurut undang-undang Malaysia, kita sudah dikira DEWASA. Lagilah berat tanggungjawab dakwah dan jihad kan? Masa sekolah memang boleh cakap berapi-api, tapi umpama berlatih dengan pedang kayu lah. Mulai sekaranglah medan tempur sebenar.

Sempena Hijrah ini... ingatlah tanggungjawab kita semua kepada umat sekarang. Janganlah mencari hidup seperti orang biasa. Kita dididik untuk menjadi luar biasa. Kita ada ilmu, ada fikrah. Contohnya, ingatlah hijrah 1429 tika Gaza dibedil Zionis 2008-2009. Perjuangan masih panjang. Siapa nak jadi Salahuddin ke-2, Muhammad Al-Fateh ke-2, Umar zaman moden, pengganti Syeikh Ahmad Yasin, Yusuf Qardhawi, walhal pengganti ikhwah yang kita kenal pakcik-makcik sekalipun; Hj Zameran, Ustaz Idris, dll.

Walau bagaimanapun, tamat SPM sinonim bagi perpisahan. Moga di hati, kita kekal 17. Semangat muda (17 tahun), solat pun 17 rakaat tak tinggal...dll. Moga kita kekal 17 orang. Memanglah, kullu nafsin dzaa'iqatul maut, tapi biar cukuplah 17 orang dalam syurga. Tiada perpisahan dalam Islam melainkan sementara, kerana paling lama pun, jumpa juga di syurga, melainkan na'udzubillah tak masuk syurga...

Dan akhir kalam, harapan empunya diri agar kita berusaha mengekalkan hubungan ukhuwwah walau di mana kita berada. Dunia di hujung jari. Kalau ada perkembangan terbaru, sambung belajar, diterima U ke, ke luar negara ke, ikut program ke, dll ke, kita manfaatkan blog ini sebagai penyampai khabar. Sama ada tentang kita sendiri atau salah seorang daripada kita, biarlah kita kongsi bersama.

Salam ukhuwwah.

Ps. Jangan lupa Al-Amin! Berusahalah jenguk semula.
Pps. Maaf panjang sangat. Maaf kalau membosankan.
Ppps. Maaf atas segala salah silap, dosa, hutang, tersindir, terbakar, dll.

Muslim In Black.

Pppps. Berita diri ini? PRINT 09, kemudian tiada apa2 langkah lagi, tunggu result SPM dulu. Mengajar Al-Amin? Entah, nothing impossible. Kemudian Insya-Allah overseas.

Khamis, 17 Disember 2009

Salam Hijrah

Salam hijrah kepada semua terutamanya kepada forever seventeen, kebetulan pula sebaik sahaja habis SPM... jadi selain kita menempuh tahun baru, sebenarnya kita juga menempuh alam yang baru.. rasa macam lain pulak bila dah x sibuk nak masuk sekolah ( di saat tengok adik2 sibuk susun2 buku, beli pakaian )...
jadi kepada sahabat sekalian, jangan kita lupa tarbiah yang telah kita jalani selama ini... pelbagai input yang telah kita dapat , pelbagai nasihat dan pengajaran telah kita terima.. ingat balik apa yang telah kita janji pada hari muhasabah hari tu...
jangan kita lupe pada sekolah, bantulah sekolah x kira walau bagaimanapun caranya... jangan terus tinggalkan adk2 kita di sana...
ini merupakan muqaddimah kepada blog kita. kepada sesiapa yang mahu post ape2 dialu-alukan. jadikan blog ini sebagai medium ukhuwwah dan dakwah kita. Wallahu a'lam...