Selasa, 29 Disember 2009

UBAT DAN PENAWAR PENYAKIT HATI


• MARAH
Marah adalah salah satu penyakit hati.Penyembuhannya boleh dengan cara memberikan ubat kepada apa atau siapa yang dimarahinya.Jika ia mengubatinya dengan cara yang betul dan penuh hikmah,berjayalah ia disembuhkannya.
Sebaliknya jika ia mengubatinya dengan cara yang salah atau batil,maka akan hanya bertambah rasa sakit dalam hatinya.
• CINTA DAN RINDU
Hal itu tidak ubahnya dengan seseorang yang mengubati penyakit rindu (atau cinta) dengan cara berdua-duaan, atau dengan perkara-perkara yang menghampiri zina , untuk melepaskan rindu;dengan bertemu (dating), menelefon atau mengirim mesej dengan kata-kata romantic,atau melalui apa jua yang memabukkan atau mengkhayalkan (seperti dengan minum arak atau menghisap dadah, dll), maka ia hanya semakin bertambah parah sakitnya, dan lama-kelamaan akan menimbulkan pelbagai penyakit sampingan yang lebih berbahaya daripada penyakit yang ada.
• GELISAH,SEDIH
Perasaan gelisah,sedih, dan kecil hati tidak dinafikan ianya menyakitkan hati.Ubatnya adalah berusaha menenangkan fikiran dengan mendekatkan diri dengan Allah,banyakkan berzikir,sehingga akan lahir ketenangan, perasaan gembira, suka ria dan besar hati.Sebaliknya, jika ia menggunakan cara yang salah dan batil, bukan sahaja tidak dapat sembuh,bahkan semakin banyak penyakit yang akan berjangkit kerananya.
• RAGU-RAGU
Orang yang kerap berasa bimbang dan ragu-ragu terhadap sesuatu di dalam hatinya,akan sentiasa sakit sehinggalah kebimbangannya tersebut hilang.Ketika seseorang dilanda kebimbangan ;ibarat keadaan suhu orang yang sedang naik menjadi panas, sehingga ia memerlukan pendingin yang boleh menyejukkannya iaitu embun hidayah keyakinan yang benar.Itulah dia tauhid dan hidayah yang boleh melapangkan dada dan menunjukkan jalan kebenaran.
• KEJAHILAN
Kejahilan dan kebodohan juga meupakan penyakit yang menjangkiti hati.Sesetengah orang yang mengubatinya dengan mencari ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat yang beranggapan bahawa penyakit jahil di atas boleh disembuhkan dengan apa sahaja ilmu, mengikut keperluan semasa seseorang.Padahal sebenarnya ia hanya akan menambahkan rasa sakit yang tersembunyi di dalam hati itu sendiri.
Jadi, yang boleh menyembuhkan penyakit jahil itu hanya ilmu yang bermanfaat sahaja.Lebih-lebih lagi ilmu yang menyentuh persoalan iman,keyakinan dan takwa kepada Allah,pembalasan buruk baik danyang berkaitan dengan balasan syurga dan neraka di AKHIRAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayuh, lontarkan pendapat dan komen masing2.. bukalah minda anda..(^^,)