Jumaat, 18 Disember 2009

Salam Ma'al Hijrah 2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih kita diberi panjang umur untuk menyambut 1431 hijrah alhamdulillah. Kalau Allah matikan kita sebelum ni, na'udzubillah, entah dah cukup ke belum amalan kita. Dari kita lahir 1413H sampai 1431 H, Allah beri nikmat hidup. Berapa banyak lagi ya yang tinggal?

Ada satu sindrom, dipanggil Sindrom Tahun Baru. Sindrom ini ada beberapa kategori:
  1. Tunggu tahun barulah, baru nak berubah, pasang azam. (Baru Bulan Februari, dah cakap macam tu).
  2. Tak sedar pun tahun baru. Kalau sedar pun, tak ada bezanya dengan tak sedar.
  3. Warm-warm chicken poo. Hurrun hurrun najsud dajaajah. Sekejap saja. Pepatah yang memang sinonim dengan orang melayu (yang layu le). Er... orang Islam? Bunyinya macam pedas, tapi yang empunya diri terpaksa mengakui realiti ini. Sampai tak Februari? Atau Safar?
Anyway, tahun depan, menurut undang-undang Malaysia, kita sudah dikira DEWASA. Lagilah berat tanggungjawab dakwah dan jihad kan? Masa sekolah memang boleh cakap berapi-api, tapi umpama berlatih dengan pedang kayu lah. Mulai sekaranglah medan tempur sebenar.

Sempena Hijrah ini... ingatlah tanggungjawab kita semua kepada umat sekarang. Janganlah mencari hidup seperti orang biasa. Kita dididik untuk menjadi luar biasa. Kita ada ilmu, ada fikrah. Contohnya, ingatlah hijrah 1429 tika Gaza dibedil Zionis 2008-2009. Perjuangan masih panjang. Siapa nak jadi Salahuddin ke-2, Muhammad Al-Fateh ke-2, Umar zaman moden, pengganti Syeikh Ahmad Yasin, Yusuf Qardhawi, walhal pengganti ikhwah yang kita kenal pakcik-makcik sekalipun; Hj Zameran, Ustaz Idris, dll.

Walau bagaimanapun, tamat SPM sinonim bagi perpisahan. Moga di hati, kita kekal 17. Semangat muda (17 tahun), solat pun 17 rakaat tak tinggal...dll. Moga kita kekal 17 orang. Memanglah, kullu nafsin dzaa'iqatul maut, tapi biar cukuplah 17 orang dalam syurga. Tiada perpisahan dalam Islam melainkan sementara, kerana paling lama pun, jumpa juga di syurga, melainkan na'udzubillah tak masuk syurga...

Dan akhir kalam, harapan empunya diri agar kita berusaha mengekalkan hubungan ukhuwwah walau di mana kita berada. Dunia di hujung jari. Kalau ada perkembangan terbaru, sambung belajar, diterima U ke, ke luar negara ke, ikut program ke, dll ke, kita manfaatkan blog ini sebagai penyampai khabar. Sama ada tentang kita sendiri atau salah seorang daripada kita, biarlah kita kongsi bersama.

Salam ukhuwwah.

Ps. Jangan lupa Al-Amin! Berusahalah jenguk semula.
Pps. Maaf panjang sangat. Maaf kalau membosankan.
Ppps. Maaf atas segala salah silap, dosa, hutang, tersindir, terbakar, dll.

Muslim In Black.

Pppps. Berita diri ini? PRINT 09, kemudian tiada apa2 langkah lagi, tunggu result SPM dulu. Mengajar Al-Amin? Entah, nothing impossible. Kemudian Insya-Allah overseas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayuh, lontarkan pendapat dan komen masing2.. bukalah minda anda..(^^,)