Isnin, 31 Mei 2010

Flotila Keamanan ke Gaza Diserang!


Allahu Akbar!!!

Gempar!!! Kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui program Lifeline 4 Gaza, yang disertai negara-negara Islam dan Eropah, diketuai oleh Turki telah ditembak Israel!!!

Yang pasti, 3 syahid, 50 cedera ekoran tindakan biadab Israel!!! Kapal tersebut kini telah terputus hubungan dan dibawa Israel ke lokasi yang tidak diketahui (diculik???)!!!

Rombongan 9 buah kapal ini yang disertai oleh sukarelawan seluruh dunia datang secara aman untuk menghantar bantuan ke Gaza. Termasuk beberapa sukarelawan dari Malaysia, antaranya al-akh Ustaz Hasanuddin Pengerusi AqsaSyarif.

Tetapi tindakan biadab Israel ini dikira satu pencabulan undang-undang antarabangsa yang nyata. Bukan sahaja wakil dari negara-negara Islam, tetapi beberapa orang ahli Parlimen Eropah (antaranya Sweden) turut berada dalam rombongan tersebut sebagai menunjukkan sokongan kemanusiaan!

Utuskan doa tanda anda peduli! Mereka memerlukan doa dari kita... semoga semua kapal selamat sampai dengan izin Allah!

Dapatkan maklumat semasa di http://www.lifeline4gaza.org/

Selasa, 25 Mei 2010

Updates 24/5

Bismillahirrahmanirrahim,

Dari dua orang sahabat kita:

Irfan:

Permohonan biasiswa ana tidak terpilih oleh MARA.. Ana cuma boleh tersenyum bahagia dan mengatur langkah seterusnya.. Sekarang dalam proses nak buat rayuan..

Mungkin juga ana akan sambung pelajaran di Timur Tengah.. Ikut kesepakatan ana dan parents..

Doa-doakan moga dipermudahkan semuanya oleh Allah SWT. Semoga apa yang diatur Allah bakal menjadi natijah terbaik untuk dunia dan akhirat..

Ps. Bagi sesetengah orang, pahitnya kegagalan ibarat racun yang membunuh, tetapi bagi insan hebat, pahitnya gagal ibarat kopi, menghilangkan lesu, menjadi tenaga untuk bangkit semula.

Hanis:

Assalamualaikum WBT,

Ana baru lepas check keputusan rayuan matrikulasi. Alhamdulillah, ana dapat matriks kat Banting, Selangor, jurusan sains.. Ana akan mencuba nasib di sana.. Doakan ana kuat di sana..

Hanis

Wallahu a'lam.

Kita luang masa 30 saat untuk doa rabitah sambil menadah tangan membayangkan wajah sahabat-sahabat kita..

Isnin, 24 Mei 2010

Doa-doakan lagi..

Assalamualaikum WBT,

Sebagai mengupdate blog kita, ana mendapat khabar daripada sahabat kita Rafiuddin yang Tok Wan nya baru kembali ke Rahmatullah petang Jumaat lepas.. "Ana memohon sepotong doa dari antum agar arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di antara orang-orang yang beriman.. Amin." (Rafiuddin)

Sesungguhnya kematian itu dikirim Allah SWT sebagai iktibar buat yang masih hidup.. Suatu hari nanti hari kita pula. Ketika itu amalan yang mungkin kita pandang remeh menjadi tempat kita meletakkan harapan.. Doa-doakan buat saudara-saudara kita, sahabat-sahabat kita yang telah mendahului, semoga mereka bahagia Di Sana..

Seterusnya, sambil kita berjuang meneruskan kehidupan, seorang sahabat kita meninggalkan pesan berbunyi,
"Assalamualaikum WBT, kepada yang masuk IPT hari ini, selamat berjuang... Ini adalah antara medan praktikal dari apa yang kita belajar selama ini... Jangan lupa kekalkan usrah untuk menetapkan diri agar tidak melencong.. "Dakwah itu Utama tetapi Study bukanlah yang Kedua.." Bittaufiq wan najah. Doakan juga buat sahabat yang lain. Uhibbukum fillah."

Wallahu a'lam.

Jumaat, 21 Mei 2010

Khas untuk kalian..~



Salam Murabbi buat Muallim Muallimah
semoga terus tsabat mendidik kader-kader duat di Al Amin tercinta..

Isnin, 17 Mei 2010

Updates Hari Murabbi

Salam.

Sekadar updates, hari ni sahabat kita Mashitah Zulkifli akan memasuki KUIS secara rasminya... Beliau memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan, serta mohon diingatkan jika ada sebarang hutang, tidak lupa juga beliau meminta doa daripada sahabat2nya agar beliau dan sahabat2nya mendapat kejayaan...

Juga sedikit berita.. Guru kita Ustaz Khairuddin baru sahaja menimang cahaya mata 15 Mei semalam.. Semoga beliau sekeluarga dirahmati Allah..

Sementara itu, jutaan terima kasih ke atas kata2 yang dikirim buat para guru, juga kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menyiapkan video Hari Murabbi semalam.. Sangat bermakna bagi para muallimin, muallimat.

Sahabat kita, Irfan dinobatkan Guru Berkaliber.. Sir Malik, Guru Prihatin, Muallimah Ain SJ, Guru Penyayang, Muallimah Norehan, Guru "Berdedikasi" dan Guru Mithali? Jeng jeng jeng.. Ustaz Idris kita yang dikasihi.

Walau bagaimanapun, doakan kejayaan kita semua dunia akhirat.. Masih segar di ingatan, ucapan Muallimah Ainon semalam, bahawa kepuasan paling besar seorang guru adalah bila muridnya lebih hebat daripada dirinya..

Wallahu a'lam.

Khamis, 13 Mei 2010

Attention!! Program!

Assalamualaikum WBT,

Semoga kita semua berada dalam rahmat-Nya. Buat makluman semua, Jumaat-Sabtu ni, 14-15 Mei ni ada satu program khas untuk lepasan SPM 2009. Butirannya spt berikut:

LAMBAIAN MENARA GADING

Masa : 3ptg Jumaat-5ptg Sabtu
Yuran : RM10
Tempat : Surau Rantau Petronas, Kerteh, Terengganu
Pengisian: Tentang IPT, forum, diskusi, etc.
Fasilitator: Abg2 n kakak2 KARISMA, Alumni al-Amin.

Hubungi Puan Noriah untuk pendaftaran atau maklumat lanjut. No tel: 019-9268643.

Selasa, 11 Mei 2010

Berita lagi!!! Doa-doakan..

Assalamualaikum WBT!

Dua berita @ perkembangan yang ringkas tapi penting.. Sahabat kita Munzir insya-Allah dijangka akan berlepas ke Yaman 30 Mei ni.. Tak lama dah.. Antara ahli batch kita yang paling awal berlepas untuk study overseas..

Seterusnya, bagi sesiapa yang mengenali Muallimah Masyitah, guru Sekolah Rendah Islam Al-Amin (beliau tak sempat mengajar kita, tetapi sebagai guru al-Amin, kita wajib prihatin) telah dimasukkan ke dalam ICU sejak semalam akibat jangkitan paru-paru. Setakat ini dalam pengetahuan ana, keadaannya masih serius.

Doa-doakan buat mereka dan kita semua..

Semoga kita semua dalam rahmat-Nya..

Isnin, 10 Mei 2010

Video Hari Murabbi

Assalamu'alaikum sahabat2...

Memandangkan beberapa hari lagi tibanya hari guru, ada sahabat kita mencadangkan untuk membikin sebuah video klip utk mu'alim mu'alimah di al-amin.
oleh itu,kami memerlukan ucapan atau kata2 daripada kalian khas utk guru2 di al-amin buat terakhir kali mungkin. tidak perlu panjang2,biar ringkas dan padat.itu memadai.

Kami mengharapkan balasan secepat mungkin ya(lepas bace terus reply,lebih baik!) kerana pembikinan video juga memakan masa yg lama.

Boleh diforward melalui yahoo group kita..

Sekian dulu,syukran jazak!

Sedikit Update..

Assalamualaikum salam ukhuwwah dan perjuangan.

Sedikit sahaja update mengenai beberapa org sahabat kita.. Ada yang tulis dalam shoutbox, jadi ana fikir eloklah ana maktubkan terus dalam post artikel sebelum shout itu hilang ditelan shout2 lain.. ^_^

Mashitah Zulkifli & Aminah :

Insya-Allah mereka akan menyambung pelajaran di KUIS (masuk 17 Mei ni).

Asiyyah:

Bakal menyambung pelajaran ke IKIP Kuantan...

Afifah:

Hari ni masuk matrikulasi di Pulau Pinang.

Putera:

Masuk matrikulasi Perlis hari ini, jurusan sains.

Doa2kan buat mereka dan kita semua.

Ps. Ada info baru? Mailkan dalam yahoogroups kita... Atau hubungilah dalam apa jua cara sekalipun, kita cuba muatkan dalam blog ini...

Salam robitoh.

Khamis, 6 Mei 2010

Doakan akhi Musab kita..

Assalamualaikum WBT

Sedikit makluman.. Abang kepada sahabat kita Munzir, Muhammad Mus'ab Bin Muzahar, disahkan positif H1N1 baru sahaja pagi tadi, dan sedang dikuarantin. Beliau adalah seorang yang komited dengan program-program dakwah, antaranya melalui KRJ. Doakan kesihatan buat beliau sekeluarga.

Rabu, 5 Mei 2010

Updated!!

Assalamualaikum..
akhirnya...
setelah sekian lama berwajah oren...
ana try tukar yang lain pulak...

memang saje pilih yang simple ( orang dewasa x main sangat colourful2 nih..haha..ntah ape2 )
hakikatnya... template x penting mane pun..yang penting Isinya.. hanya orang yang nak tahu kandungan isi saje yang masuk blog nih...

nak komen?? silakan... nak ubah pun ana persilakan..( sedia menerima sebarang kritikan pelbagai rasa )
ah.. perasaan x menentu sekarang.. masalah x selesai lagi..hati xtak tenang..huhu
doakan segalanya berjalan lancar..

rindunya ana pada kalian.. semoga senantiasa dalam bimbingan dan pandangan rahmat Allah..
moga terus tsabat atas jalan Islam..

ok, wassalam..

Yang Rindu,
Munzir Muzahar..a.k.a S/U F17

Selasa, 4 Mei 2010

Our status..~doakan kejayaan bersama..~

Bismillah,
Assalamualaikum...
agak lame tak post dalam blog ni..
semoga kalian masih tsabat atas jalan Islam..

ini status sahabat2 kita sekarang..yang ana pasti..

Amirah binti Mazlan
- sudah pun berangkat ke Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS)
- Ambil bahagian perguruan ( Pendidikan Islam )

Ukhti Najihah binti Khairudin

- Dapat tawaran ke USIM
- Tamhidi Perakaunan dan Muamalat
- Tawaran ke Matrikulasi
- Sekarang PLKN

Ukhti Ainin Sofia Roslan
- Dapat Tawaran ke USIM
- Tamhidi Perakaunan dan Muamalat


Ukhti Afifah binti Ali

- Dapat tawaran ke UITM Negeri Sembilan
- Diploma Teknologi Makanan
- Masih berkhidmat di Al Amin Kerteh

Akh Irfan bin Bahrin
- Dapat Tawaran ke UITM Shah Alam
- Jurusan Sains Aktuari

Ukhti Tengku Nur Alia

- Tawaran ke UITM
- Sains Hayat

Akh Munzir Muzahar
- akan sambung ke Jami'ah Al Iman, Sana'a Yaman
- Jurusan Syariah Islam

Akh Faizwan Azman
- Telah menghadiri temuduga ke KIST (Kelantan)
- Sekarang PLKN

Yang lain-lain ana tak berapa pasti.. boleh post ke dalam YG..

Ahad, 2 Mei 2010

Palestin di Hatiku


Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah,

Ana bersama beberapa orang sahabat kita (Munzir, Humaira', Zakaria, Najihah, Afifah) baru sahaja selesai mendengar ceramah Palestin di KL malam semalam (habis pukul 12 lebih).

Badan Kebajikan Palestin di bawah naungan JIM dan IKRAM,Aqsa Syarif telah mengadakan program sponsor anak yatim Palestin. Mereka adalah anak para syuhada' yang gugur dalam peperangan dsb.HanyaRM170 sebulan.

Rasa-rasanya keluarga kebanyakan kita mampu sangat. Moga anak itu, walau seorang sahaja sekalipun, nyawanya luar biasa nilainya di sisi Allah. Bak kata Dr Tengku Shaharom (penceramah Aqsa Syarif),"Saya boleh jamin, kalau anda semua keluarkan semua wang dalam dompet anda untuk Palestin, anda tidak akan mati kebuluran bulan ini. Tetapi jika kita tidak mahu menyumbang, saya boleh jamin ada saudara kita yang akan mati kebuluran di sana bulan ini juga (disebabkan sekatan Israel dan sifat kedekut kita)."

Seorang wakil HAMAS pernah berceramah di Malaysia, menyatakan, "Wahai orang Malaysia! Jika kamu tidak melakukan apa-apa untuk membantu kami, kami akan tuntut di akhirat nanti atas kelesuan kamu. Kami tidak akan memaafkannya!" Masya-Allah, jika seorang syuhada' ingin menghalang kita dari masuk syurga, adakah Allah akan mendengar rayuan syuhada' yang telah berkorban nyawa dan segalanya di jalan Allah itu atau kita yang banyak dosa ini?

Sebaliknya, rakyat Palestin sendiri ingin menarik tangan umat Islam yang membantu perjuangan mereka, membantu mereka meneruskan kehidupan melalui sumbangan-sumbangan, penerangan dan kiriman doa, mereka ingin menarik tangan kita Insya-Allah ke syurga. Moga menjadi pemberi syafaat kita di akhirat kelak.

Kita tidak disuruh bertempur dan berjihad dengan berperang, sebaliknya cukup hanya sekadar bantuan kewangan sebanyak mungkin. Kita belum dituntut berjihad dengan bom molotov atau mesingan atau lontaran ketulan konkrit kepada kereta kebal yang tak lut pun, tapi setakat ini kita hanya diminta berjihad dengan dompet.Berat sangatkah itu bagi kamu wahai umat Islam?

Terpulang untuk sponsor berapa bulan. Sebulan seorang anak yatim, RM 170. Sekeluarga warga Palestin, RM 850 sebulan. Atau sebanyak mana pun wang yang mampu anda sumbangkan. RM 50? RM 10? RM 1000? Jika rumah anda terbakar misalannya, adakah anda berasa puas hati jika orang sekadar menyumbangkan kepada anda 50 sen, 10 sen, 20 sen? Sedang mereka yang kononnya prihatin itu sendiri hidup senang, sekali ke supermarket menghabiskan RM 300 contohnya.

Wallahu a'lam. Isu Al-Aqsa dan bumi Palestin adalah isu aqidah dan maruah umat Islam yang sedang diinjak-injak Zionis. Apakah tindakan anda sekarang?

Maklumat terkini palestin boleh didapati di palestinkini.info, atau aqsasyarif.com, atau http://jundaqsa.blogspot.com

Sumbangan boleh disampaikan terus melalui pihak Sekolah Al-Amin, atau Hj Zameran, saudara Mus’ab Muzahar (abang Munzir), akhi Sufyan KRJ atau boleh terus kepada pihak Aqsa Syarif.

Aqsa Syarif, 03-87334636 (tel), 03-87339636 (fax),www.jundaqsa.blogspot.com, emelnya admin@aqsasyarif.com

No. akaun: maybank - 5515 7500 4299

Atau boleh sampaikan melalui ana, atau Munzir, Zakaria, Najihah, Humaira' dan Afifah. Kami baru sahaja bergelar sukarelawan Aqsa Syarif (dengan restu wakil Aqsa Syarif sendiri, bukan kami memandai sendiri hehe) biarpun belum dirasmikan secara bertulis.

Ps. Rujuk pandangan ustaz Yusuf Qardhawi, mafhumnya, seluruh umat Islam wajib membantu Palestin. Termasuk mereka yang tidak diwajibkan mebayar zakat, sebab umat Islam di sana lebih desperate (rujuk kata Dr Tengku Shaharom di atas).

Pps. Terjemahan hadith nabi, "Barangsiapa tidak mengambil berat hal kaum muslimin, maka mereka bukan di kalangan mereka (Muslimin)".Bukan sekadar mengambil tahu, mengambil berat.


Muhammad


http://astrangemuslim.blogspot.com