Jumaat, 23 April 2010

KeLeBiHaN sUrAh aL-KaHFi


SIAPAKAH PEMUDA AL-KAHFI???


Sebenarnya kita dikehendaki agar mencontohi keimanan para pemuda yang melarikan diri ke dalam gua kerana menyelamatkan aqidah.

Antara surah yang memberikan penekanan terhadap aspek aqidah ialah surah al-Kahfi.Menurut Jamaluddin al-Qasimi dalam tafsirnya ,surah ini juga dinamakan sebagai surah Ashabul-Kahfi.Berkata al-Muhayimiyy,ia dipanggil mengambil sempena penghuni gua yang beriman kepada Allah ,mereka telah beriman sepenuhnya kepada Allah s.w.t.Surah ini juga memperjelaskan tentang berbagai-bagai kekuasaan Allah yang kelihatan pada hamba-Nya yang beriman.

Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya:

Hadis yg diriwayatkan dlm musnad Ahmad,Sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa Al-Barar bin 'Azib menceritakan seorang sahabat yg bernama Usaid bin Al-Khudair telah membaca surah ini di rumahnya,sehingga akhirnya kuda di rumahnya meronta-ronta.Lalu sahabat ini telah pun meninjau keluar rumahnya lalu di dapatinya di luar rumah ada sekumpulan awan berdekatan kudanya ,lalu bila ditanya kepada Nabi s.a.w. maka baginda telah menjelaskan itulah dia al-sakinah yang diturunkan Allah kepada orang yang mengamalkan membaca surah ini.

Nabi s.a.w. amat menggalakkan umat baginda agar menghafaz surah ini.Sebagai contohnya sesiapa yang menghafaz 10 ayat yang awal daripada surah al-Kahfi akan selamat dari gangguan Dajjal seperti yang diriwayatkan oleh Muslim,Abu Dawud,al-Nasa'ie dan al-Tarmizi.Dalam riwayat al-Tarmizi:"Siapa yang menghafaz tiga ayat yang awal dari surah al-Kahfi."

Hadis lain,diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan dianggapnya sahih isnad,maksudnya:
"Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya Allah akan mengurniakan baginya nur antara Jumaat tersebut dengan hingga ke Jumaat yang seterusya."

Hadis ini dinilai sebagai hasan,kata al-Albani.

Rabu, 21 April 2010

Air Mata Seorang Naqib..


Assalamualaikum...semoga dijadikan renungan bersama..
catatan ini tidak direka2..ana hanya 'copy' dan 'paste' tanpa edit walaupun satu perkataan..Semoga segala iktibar darinya dapat diambil bersama...Renungkanlah..~

AIRMATA SEORANG NAQIB….

Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula
bertemu. Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati
ini selain melihat wajah-wajah ceria pelajar-pelajar
baru yang begitu bersih dapat menjejakkan kaki ke
sebuah pusat pengajian Islam. Memang ayah bonda
menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan
engkau menjadi orang yang terpelajar dan berguna
kepada mereka, kepada agama dan kepada negara.
Ketika hari pendaftaran, kami sama-sama menjengah diri
melihat muka-muka kalian. Kalian adalah ibarat rahmat
kepada kami kerana dari kaliannya kami mendapat
ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..? akan kami
ceritakan segala-galanya nanti!
Kemudiannya kalian di heret ke sana kemari dengan
minggu pengenalan. Kalian didedahkan dengan apa yang
ada ditempat belajar yang baru ini. Moga kalian dapat
berta’aruf dengan cepat di alam baru ini. Kalian
bersolat jamaah dan berma’thurat sama-sama. Kalian di
dudukkan di dalam LDK dan kalian akhirnya menjejakkan
kaki ke malam terakhir pengenalan.
Kami masih mengintai-ngintai kalian. Bukan wajah dan
gaya… tetapi watak dan budi. Manakah di antara kalian
yang akan bersama kami? Manakah di kalangan kalian
yang akan mewarisi jejak kami?
Memang kami mengentahui dan menyedari.. kalian datang
dengan keinginan yang berbeza. Ada yang ingin mendapat
segulung sijil yang nantinya akan dipersembahkan
kepada ibu dan ayah. Ada yang tertolak kerana ayah dan
ibu menghendaki demikian. Kami faham itu semua… dan
itu semua tidak langsung penting bagi kami.
Kalian didudukkan di dalam usrah-usrah akhirnya. Kita
sama-sama saling mengenal, mendengar dan memberi.
Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra.
Bukankah itu satu titik permulaan yang indah dalam
pengalaman hidup kita?
Kita kemudian bertemu lagi dalam tamrin dan dauroh.
Duduk dan mendengar.. makan dalam dulang bertemu
kepala. Kemudiannya tidur diatas lantar tanpa
hamparan. Kesemuanya menjadi detik manis dan kenangan
yang mungkin sukar dilupakan.
Dari situlah kesemuanya bermula… Kami memerhati dan
cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kalian yang sudi
untuk bersama lebih memahami apa yang sedang kami
fikirkan?
Kami hanya ingin mengongsi beban yang sedang kami cuba
pikulkan selama ini. Kami faham ianya begitu berat dan
tidak mampu ditanggung oleh hanya dua tiga kerat
manusia yang lemah seperti kami. Bebannya berat dan
perjalanannya panjang. Hasilnya belum tentu diperolehi
di masa terdekat.
Kami berfikir dan berfikir … bagaimanakah cara terbaik
untuk mengenali siapa dari kalian yang berminat. Kami
adakan usrah… kami adakah tamrin dan kami adakan
dauroh.. kami adakan mukhayyam… dan entah apa lagi.
Semuanya adalah kerana cuba mengenali kalian..
disamping untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran dan
ilmu.

Akhirnya …
Kami telah dikurniakan Allah dengan kalian. Kalian
menampilkan diri dengan semangat dan kesediaan untuk
bersama. Kami begitu gembira. Kami tidak meminta
kalian berbuat demikian. Sedikitpun tidak ingin
memaksa. Kami hanya membuka jalan dan peluang setelah
memberi kesedaran sedikit sebanyak. Alhamdulillah atas
segala nikmat dan rahmatNya kepada kita.

Bermulalah satu episod baru dalam hidup kita. Mungkin
kita masih ingat kita mula menjejakkan kaki ke alam
baru.. fikrah baru dan ikatan baru. Kalian telah
berjaya memujuk hati kalian untuk bersama dalam
gerombolan ini. Gerombolan yang ingin untuk melihat
dunia berubah ke arah Islam.
Kita mula tangkas melayari perjalanan yang sengit ini.
Kita cuba menumpaskan nafsu yang kadangkala mengganggu
dengan cerita indahnya hidup relaks dan seronok. Tapi
kalian telah berjaya menolak itu semua. Walaupun kawan
dan teman lain telah lama dibuai mimpi, kalian
kadangkala masih termangu di hadapan kami.. menadah
buku dan sedikit risalah. Segalanya hanya untuk
memahami Islam yang masih banyak yang perlu
dipelajari. Kadangkala teman seronok dihadapan cerita
TV dan VCD, tetapi kita menolaknya itu semua.. kerana
masa amat berharga bagi kita untuk dibazirkan pada itu
semua.
Kadangkala kawan-kawan enak tidur ditilam empuk
asrama, tetapi kita terpaksa berjaga malam di
mukhayyam hanya semata-mata untuk melatih diri
bagaimana indahnya dapat berkorban untuk sahabat yang
sedang tidur di lantai bumi.
Betapa banyaknya pengalaman yang kalian telah lalui
bersama kami !

Kami cuba memberi apa yang kami terdaya.
Segala-galanya adalah untuk menjadikan kalian orang
yang bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan
kepada Islam yang masih menagih cinta dan pengorbanan
dari penganutnya. Islam masih terumbang ambing
dicampak dan diheret oleh manusia liar. Islam yang
sepatutnya tinggi masih digilis-gilis dan dipijak
ganas untuk manusia zalim. Siapa yang ingin
membelanya? Siapa yang akan meletakkannya ke tempat
paling tinggi yang sepatutnya.

Inilah yang kami cuba lakukan. Alhamdulillah, kalian
mula sedikit demi sedikit memahami apa yang kami ingin
kongsikan. Walaupun kami kadangkala tidak dapat
berehat sebagaimana orang lain… tetapi ketenangan mula
menjenguk.. ketika melihat kalian mula faham dan mula
melangkah. Denyut nadi perjuangan kalian yang mula
bergerak-gerak sudah cukup menggembirakan kami… lebih
gembira dari sang musafir yang terjumpa kembali
untanya yang hilang di padang pasir !

Tentu kalian masih ingat itu semua. Kalian bagi kami
adalah lebih mahal dari dunia dan isinya. Kalianlah
sumber pahala kami di zaman ketandusan pahala dan
bermaharajanya dosa dan maksiat. Bukankah ‘Allah
memberi petunjuk seorang manusia dengan hasil usahamu
adalah lebih baik dari dunia dan isinya’?. Kerana itu
kalian semua lebih mahal bagi kami dari segala harta.
Mungkin dari situlah kalian dapat faham, bagaimana
susahnya kami kerana menjaga kalian. Betapa banyaknya
harta yang kami curahkan kerana kalian. Betapa kami
terpaksa melupakan masa rehat dan hujung minggu untuk
kalian. Betapa kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi
yang dapat kami berikan kepada kalian semua… semuanya
telah diberikan. Mungkin sekarang kalian telah dapat
fahami. Kerana kalian lebih berharga dari dunia dan
isinya !

Sukar kami menceritakan ini semua… terpaksa dan semoga
ianya menjadi pedoman untuk kalian juga. Bahawa hidup
seorang yang tahu di mana Islam berada sekarang tidak
memungkinkannya sempat membina istana dan mahligai.
Tidak memungkinkannya bergembira di setiap hujung
minggu dengan anak isteri. Tidak mungkin berpeluang
untuk menikmati hari-hari perlancongan dan santai
tanpa matlamat dakwah. Tidak mungkin berenak dengan
kenderaan besar dan mewah. Bagaimana ia boleh berbuat
demikian sedangkan Islam masih menunggu pendokong yang
akan menyelamatkannya?

Kerana memahami itu semua, kami wakafkan diri kami
untuk kalian. Biarlah manusia lain dengan dunianya..
namum kita tenang dan gembira dalam alam kita sendiri.
Walaupun orang lain melihat kita dalam kesukaran dan
kesusahan hidup, namum itulah kebahagian kita !
Matlamat kami.. melahirkan kader-kader yang akan
bekerja untuk Islam. Keinginan kami.. apabila kalian
telah melangkah keluar dari sini.. kalian telah
menjadi manusia muslim baru yang membawa bersama-sama
obor yang akan menyuluh tempat-tempat yang masih gelap
di pelusuk sana. Itulah sahaja matlamat dan cita-cita
kami.

Kami tidak mampu memberi kalian kerja yang bergaji
mahal. Kami tidak sanggup menjanjikan jawatan selepas
kalian keluar. Itu semua adalah suatu yang kerdil bagi
kami. Ianya mampu dicari oleh sesiapa walau bagaimana
keadaannya sekalipun. Yang lebih penting dari itu
semua ialah kami tidak mahu kalian tenggelam di dalam
kancah dunia yang sedang bergelumang dengan
materialisma yang tidak mampu diharungi oleh manusia
biasa. Kerana itulah kami cuba bekalkan kepada kalian
dengan kekuatan dan kefahaman. Lebih dari itu, kami
mahukan kalian menjadi manusia yang akan membawa
manusia lain untuk bersama-sama dalam perjuangan kita
yang masih panjang.

Kami cuba sedaya upaya untuk mengajak kalian memahami
bahawa apa yang kita buat ini bukan kerana tempat
belajar kita. Bukan kerana wajib atau ingin menjaga
hubungan dengan pensyarah. Bukan kerana markah atau
prestasi. Kami cuba memotong tali-tali yang mengikat
kalian dengan itu semua. Kami membawa kalian ke luar
sana… berjumpa dengan mereka yang telah mendahului
kita di atas jalan ini. Melangkah ke luar negara..
berjumpa dan mengambil pengalaman mereka. Mereka semua
adalah se jalan dengan kita.. berjuang menegakkan
fikrah yang sama!

Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah
ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan
tekun. Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan
bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah
kecundang setelah beberapa lama, namum kalian masih
thabat teguh. Kalian mula faham bahawa kerja kita
perlukan disiplin yang tinggi. Kerja kita perlukan
jamaah dan ketaatan. Kerja kita perlukan syura dan
perbincangan dengan naqib/naqibah yang telah begitu
lama memimpin tangan kita sejak kita masih
bertatih-tatih di permulaan perjalanan. Kerja kita
memerlukan kita tidak putus dan bersama dengan jamaah
di mana saja kita berada.

Di saat berpisah, itulah harapan kami. Gembiranya hati
kami melepaskan kalian menuju ke destinasi
masing-masing. Betapa inginnya hati kami untuk
mendengar deringan telefon dari kalian.. menceritakan
pengalaman baru kalian di kampung dan kawasan
masing-masing.. setelah mendapat title baru bergelar
‘DA’I’. Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan
dari kalian .. bercerita bagaimana kalian telah mula
mengumpul mad’u-mad’u baru ditempat kalian. Betapa
gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula ke
sana-kemari mengikuti program bersama ikhwah dan
akhawat di tempat baru kalian. Kami tidak dapat
bayangkan bagaimana gembiranya hati kami bila
mendengar naqib/naqibah baru kalian begitu memuji
kesungguhan dan semangat yang kalian tunjukkan. Ketika
itulah kami akan mengurut dada gembira… airmata kami
berlinangan kegembiraan.. betapa tanaman kami telah
menghasilkan buah. Usaha kami selama 3 tahun kalian
bersama tidak sia-sia !

Hari berganti hari.. kami di sini terus dengan
kesibukkan melayan adik-adik kalian yang terus tiba
semester demi semester dan cuba untuk menjadi pelapis
kepada kalian. Mereka bersemangat untuk meneruskan apa
yang telah dilakukan oleh kalian. Mereka masih ingat
ketika kalian bersama-sama mereka di usrah, tamrin,
dauroh dan mukhayyam. Mereka masih ingat.. kalianlah
yang mendidik mereka dan mengasuh mereka sedikit
sebanyak. Kami terus membantu mereka sekadar kemampuan
kami ini.. agar mereka menjadi seperti kakak-kakak dan
abang yang telah tamat belajar.

Hari terus berganti… kami masih menunggu sepucuk
warkah atau sedering telefon… atau sepatah salam dari
musafir yang pulang. Namum bayangan masih kelam.
Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Hati
kami mula bimbang. Apakah yang telah terjadi kepada
anak-anak kami yang telah pergi?
Kami mula bertanya kepada musafir yang lalu… atau
kepada ikhwah dan akhawat yang berjiran.. dimana
anak-anak kami.. pernah terdengar ke si anu dan si
anu? Jawapan negatif membimbangkan kami tentunya.

Kini beberapa bulan berlalu sepi tanpa berita. Bagi
kami.. cukuplah tempoh yang bernama bulan untuk
menghancurkan sedikit semangat dan pegangan kita. Hati
kita sentiasa di intai syaitan. Tidak ada manusia yang
boleh mendakwa dia akan kuat tanpa jamaah. Tidak akan
ada kambing yang tidak keseorangan yang tidak di makan
serigala bila keseorangan.. kerana memang serigala ada
di mana-mana. Paling kurang kita akan mula hilang
ketajaman sensitif terhadap matlamat kita. Kita sudah
boleh mulai lupa tujuan dan halatuju hidup dan
perjuangan kita. Suatu yang begitu membara di dalam
hati kita ketika kita bersama dulu mula pudar dan
tinggal dingin.

Satu demi satu berita kami terima mengenai hal kalian…
jika ketika berpisah kami menjangkakan kami akan
menitiskan airmata kegembiraan mendengar ketangkasan
dan keaktifan kalian… tetapi … titisan sebaliknya mula
mengalir..
Apa yang telah terjadi kepada kalian?
Apa yang telah kalian lakukan?
Kami mula sebak… ketika huruf-huruf ini disusun, kami
tidak dapat menahan air mata lagi. Bersama baris-baris
yang keluar… kami iringi dengan cucuran yang tidak
dapat ditahan..!

Ianya bukan satu buatan. Ianya bukan rekaan satu
cerita dan cerpen. Ia adalah satu kenyataan yang telah
berlaku beberapa ketika lalu dan… air mata ini masih
panas. Ianya adalah perasaan sayu kami bila harapan
telah mulai berkecai. Satu demi satu harapan bangunan
yang kami bina dan kami atur batu bata negara Islam
dan khalifah yang kami inginkan berantapan jatuh di
hadapan kami. Kalau dahulu kami harapkan kalian akan
menjadi tangan-tangan yang akan bersama-sama
mengangkat batu batu yang lebih berat dan menjadi
pembina bangunan ini… kini segalanya hampa.

Tanpa kami sedari, ada di kalangan kalian yang mungkin
terasa amat gembira terlepas dari alam kita. Ada yang
merasakan dunia dakwah suatu yang menghimpitnya..
suatu yang mengurungnya. Barulah kami sedari rupanya
selama ini, itu semua adalah sebuah lakunan.
Ada antara kalian rupanya sudah tidak ingin lagi
bertemu muka dengan kami. Rupanya dulu kami adalah
penyibuk yang mengganggu hidupnya. Sekarang dia telah
bebas.

Kami mula kecewa… kami mula berfikir.. apakah dosa
kami. Kami hanya menghulurkan tangan untuk memimpin
kalian mengenal sedikit tanggungjawab kita semua..
tanggungjawab dakwah dan amal Islam. Kami gembira
kerana sebelum kalian keluar.. kalian telah memahami
itu semua.. tetapi sekarang kenapa ini semua tiba-tiba
berlaku?

Kalian datang ke sini… tetapi muka kamilah orang yang
paling tidak ingin di lihat dan ditemui. Apakah kalian
telah mencampakkan kasih sayang yang telah kami
berikan selama ini. Apakah muka kami begitu buruk
untuk dilihat? Apakah suara kami begitu menyakitkan
untuk disapa?. Jika kalian datang dari jauh kerana
sesuatu subjek dan untuk mengutip markah bagi sekeping
sijil, apakah pelajaran-pelajaran yang sama-sama kita
pelajari di usrah dan dauroh sudah tidak bernilai dan
tidak berharga? Atau apakah kalian telah melayakkan
diri untuk dipanggil anak derhaka?
Kalian segera berlepas pulang. Kami hanya mendengar si
anu telah datang. Tanpa sepatah salam kami terima,
mungkin ia terlalu mahal untuk dikirim. Tiada helaian
kertas ditinggalkan.. mungkin dakwat pena terlalu
berharga untuk dicoretkan.. Kami hanya mendengar
dengan hiba dan air mata mengalir lagi.

Masa berlalu… dan kami mula berfikir sendirian. Mereka
terlalu sibuk. Mereka ada urusan sendiri. Mereka
sedang masuk ke alam kerja. Walau ada di kalangan
mereka kami bantu untuk meneruskan kehidupan mereka…
mencarikan mereka kerja dan tempat pengalaman. Namum
setelah berjaya .. sepatah perkataan pun tidak
didengari. Mungkin terlalu sibuk dengan pekerjaan.
Alhamdulillah. Kami sekali lagi menjadi hampas yang
dicampakkan ke tong sampah!

Kami tidak inginkan pembalasan. Kami tidak ingin pahala dari
kalian. Cukuplah Allah sebaik-baik pembalas. Apa yang
ada di sisi Allah adalah lebih baik dan kekal. Kami
akan tetap begini hingga ke akhir hayat.. selagi Allah
masih memberikan kekuatan. Kerja kami ialah mengumpul
tenaga-tenaga orang seperti kalian, memberi sedikit
sebanyak ilmu dan kefahaman, mendidik apa yang terdaya
agar ada tenaga baru untuk Islam.
Kami tidak inginkan harta kalian, tidak perlu kepada
pujian dan sanjungan kalian. Tidak berhajat ingatan
dari kalian, tetapi kami hanya mahu mendengar kalian
telah menyambung dan menjadikan kerja Islam sebagai
sebesar-besar tugas. Kami hanya mahukan dari kalian
menghidupkan jiwa-jiwa manusia yang telah mati. Itulah
tanda kesetiaan kalian terhadap kami. Sebenarnya itu
adalah janji kalian kepada Allah bila kalian berjanji
untuk bersama kami. Allahlah yang akan menuntut
janjiNya dari kalian.

Ketika kami mendengar ada di antara kalian mula
terlupa atau melupai tugas ini, maka kamilah orang
yang mula-mula menangis. Kalian tentu faham bahawa
tanda awal ialah bila kalian tidak lagi bersambung
dengan jamaah. Bila ada antara kalian yang merasakan
kalian mampu hidup sendiri, kalian sebenarnya kalian
telah silap. Hidup sehari tanpa jamaah dan tanpa kerja
Islam bermakna kalian telah meranapkan harapan kerja
besar kita. Dan tanda awal putusnya kalian dengan
jamaah ialah bila kalian sudah tidak mempunyai naqib
dan usrah. Tanda awalnya apabila kalian telah mula
membelakangkan naqib/naqibah dalam membuat keputusan
dalam hidup kalian. Apakah kalian merelakan diri
kalian untuk menjadi peranap kepada cita-cita Islam
kita.? Apakah kalian tidak takut kepada balasan Allah
bagi mereka yang meninggalkan tugas ini?

Biarlah kami berhempas pulas di sini.. berhujan
berpanas dan berembun. Mengorbankan masa rehat dan
wang ringgit kami demi melahirkan orang seperti
kalian. Biarlah kami terus begini… walaupun kami tahu
mereka semua juga mungkin akan menjadi seperti kalian.
Biarlah kami terus berusaha .. melahirkan anak-anak
yang akan menderhakai dakwah dan tanggungjawab Islam!
Ingatlah.. kerja ini bukan hanya dengan angan-angan
dan azam semata. Cukuplah kalian layak dipanggil anak
derhaka bila dakwah dan amal Islam hanya menjadi angan
dan azam. Betapa ramainya orang yang mampu berangan
dan berazam seperti kalian ! Tapi dimana usaha dan
curahan tenaga? Siapa yang akan ke medan, menarik
tangan-tangan manusia yang sedang hanyut jika semua
hanya berangan dan berazam untuk menarik? Alangkah
mudah berangan dan berazam!

Bebanan perasaan yang kami pikul sebenarnya lebih
berat dari bebanan tugas ke sana ke mari mengendali
program dan mendidik kalian. Apa sangat berat berjaga
malam, membelanjakan ringgit dan berceramah dan
mendengar masalah kalian jika hati kami gembira
melihat hasilnya. Apa sangat itu semua jika hati
bahagia melihat kalian menjadi orang yang akan
mewarisi kerja yang telah kami buat. Kesemua berat dan
beban hilang dan tak mungkin terasa setelah melihat
kalian telah menerangkan bumi yang gelap seluruh
pelusuk bumi.

TETAPI… sekarang kami telah kehilangan segala-galanya.
Ketenangan yang kami ingin cari melalui pengorbanan
ini telah juga hancur. Bahkan ianya lebih berat dari
bebanan fizikal dan material. Kami telah melalui
beberapa generasi kalian. Pengalaman akhirnya
menyimpulkan kepada kami bahawa kami hanyalah manusia
tak berguna dan pengganggu dalam hidup kalian.
Ketenangan hati yang kami ingin hirup dari usaha
mentarbiyyah kalian hanya menambah luka yang telah
ada… Apakah kalian sedar?

Kami iringi kalian dengan doa dan airmata. Pergilah
kalian dengan sijil yang telah diperolehi dari sini
untuk menjenguk dunia yang tiada bertepi. Harungilah
hidup demi mencari ketenangan dan kebahagiaan melalui
jalan yang kalian pilih sendiri. Kami tetap memilih
ketenangan dan kebahagian melalui jalan kami sendiri.
Walaupun kalian telah melukai hati kami… kami hanya
akan menyalahkan diri kami sendiri. Mungkin kamilah
yang menyebabkan kalian jadi begitu. Mungkin kami
belum memberikan yang terbaik untuk kalian. Mungkin
kami belum mengorbankan apa yang sepatutnya kami
korbankan. Mungkin.. kami lah yang bersalah.!

Kini segalanya hanya tinggal kenangan. Kami tidak
mengharapkan kepada kalian lagi. Jika kalian mahu
terus hidup sebagaimana manusia lain… teruskanlah.
Bahkan jika kalian mahu menjadi manusia yang jauh
berlainan dari kami… teruskan. Moga Allah mengampunkan
kami dan kalian. TAPI ingat ! Dakwah tidak memerlukan
kalian untuk hidup. Dakwah adalah satu yang kuat dan
kukuh kerana ia berhubung dengan Allah Yang Maha
Perkasa. Kitalah yang memerlukan dakwah. Dakwah boleh
bersama orang lain jika kita enggan. Tatapi apa
ertinya hidup kita tanpa dakwah? Dakwah adalah nyawa
dan roh kita. Jika kita berpisah darinya…. Kita
sebenarnya telah mati ! Kita akan terkulai layu ibarat
bunga yang telah dipetik dari pokoknya !

Tinggalkanlah kami menangisi anak-anak yang telah
pergi. Anak-anak yang telah mencampakkan kasih sayang
yang cuba kami hulurkan. Mungkin cinta kami tidak
seindah dunia yang menunggu diluar sana. Biarlah cinta
itu dikutip oleh manusia lain yang tahu menilainya.

Apakah kalian tidak mengerti ini semua… apakah cinta
kami tidak bermakna untuk kalian. Adakah ianya terlalu
murah. Kami berkorban untuk kalian lebih dari anak dan
saudara kami sendiri, kerana bagi kami tali akidah dan
fikrah lebih kukuh dan erat dari tali kekeluargaan.
Kalian lebih kami sayangi dari saudara sedarah daging
dengan kami. Kami berikan apa yang terbaik apa yang
kami ada. Kerana kami tahu.. kalian adalah penerus
generasi da’I yang hampir pupus. Apakah kalian tidak
merasainya?
Memang kami tidak memberikan makanan yang mahal-mahal
untuk kalian. Kami tidak membelikan pakaian indah
untuk kalian. Tetapi apa erti makanan dan pakaian jika
kalian hanyut di alam sesat jahiliyyah..?
Hayatilah kata-kata Imam al-Syafie: "manusia
sebenarnya ialah yang merasai kecintaan yang diberikan
kepadanya walaupun sebentar".
Berapa lamakah kecintaan yang telah kami berikan
kepada kalian… apakah kalian tidak merasainya?

Kalian melihat kami tersenyum… ye.. senyuman yang kami
buat-buat untuk mengubat rindu kepada kedamaian
semalam yang telah tiada lagi. Senyuman untuk
menandakan kami masih mampu berlakon dengan hati yang
telah disiat-siat. Berilah senyuman kepada kami,
hulurkan tangan kalian untuk kami salami…. Tetapi hati
ini tidak mungkin terubat tanpa penghayatan dan
penunaian janji yang telah sama-sama kita buat semasa
kita di sini!

Cukuplah… kami hanya akan bersama dengan yang memahami
dan merasai cinta kami. Bagi mereka yang mempunyai
kekasih lain… pergilah.. semoga kekasihnya akan
memberi kebahagian dan ketenangan untuknya. Bagi kami…
di jalan dakwahlah kasih awal dan akhir kami.

Jika kami sendiri futur akibat apa yang telah kalian
lakukan, maka bersedia kalian untuk menerima sahamnya.
Kalian telah mengecewakan kami sedikit sebanyak.
Kalian telah menyebabkan kami tidak percaya lagi
kepada manusia… hingga sampai satu ketika.. kami
merasakan sudah tidak wujud lagi harapan di dunia ini.
Apa tidaknya.. keseluruhan anak-anak kami tidak dapat
meneruskan usaha kami? Jika itu yang berlaku kepada
yang awal… maka bukankah sama pada yang akhirnya?

Tolong … jangan jadikan kami futur.. berilah harapan.
Moga adik-adik kita di sini dan di luar sana dapat
menghirup sedikit dari limpahan cahaya Ilahi yang kita
sama-sama tidak ingin padam.


Wassalamu’alaikum.
CATATAN SEORANG NAQIB YANG HINA.

Isnin, 19 April 2010

Rawabit ad Daie ilallah..


Sesungguhnya para Dai’e diikat oleh tiga ikatan(ar ribat).

Pertama: Ikatan Keimanan kepada Allah SWT. Inilah ikatan yang paling pokok yang mendasari perjuangan mereka yang berjuang di atas Jalan Islam ini. Dengan ikatan ini hati-hati menjadi satu di atas ikatan tauhid. Inilah yang dipanggil ikatan Tauhid (Rabitah at-tauhid). Maka dengan akidah tauhid maka bersatulah hati-hati di atas keimanan yang Satu. Mereka menjadi muslim yang menyerah diri dan tunduk kepada Tuhan yang Satu. Mereka membawa fikrah at-tauhid wa tauhidul fikrah. Maka dengan fikrah Tauhid itu bersatulah mereka semua di atas manhaj tauhid yang satu dan menjadi ghayah dan matlamat perjuangan mereka pada waktu senang dan susah, ketika khilaf ataupun wehdah, ketika urusan kecil mahupun yang besar. Mereka sentiasa membersihkan aqidah mereka dalam urusan mengabdikan diri kepada Allah yang Satu. Maka jadilah Allah SWT itu sebagai matlamat dan ghayah mereka dan tiada yang lain.

Firman Allah SWT (Al-Kahfi:110)


110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya".


Kedua: Ikatan Ukhuwwah. Selepas iman yang satu, maka mereka bersatu di atas kalimah yang Satu, saling bantu membantu di atas dasar yang Satu bagi meninggikan Kalimah Allah SWT.
Orang yang beriman sangat mencintai saudaranya sebagaimana mereka mengasihi diri mereka atau lebih lagi ( ithar) sehingga mereka lebih mengutamakan sahabat mereka lebih dari mereka sendiri. Sehingga ada para sahabat menghalalkan apa yang di dalam poket mereka kepada sahabatnya. Bahkan ada yang sanggup memberi pilihan kepada sahabatnya agar dia menceraikan salah satu dari isteri-isterinya agar dapat dikahwinkan dengan para sahabah yang datang berhijrah.

Mereka amat memahami agar dengan ikatan kasih sayang kerana Allah ini akan menjadi jalan kepada kesatuan aqidah dan kesatuan ukhuwwah. Akhirnya menjadilah ia satu kesatuan ummah yang kuat berpaksikan tauhid.

Mereka yakin bahawa ikatan iman dan ikhuwwah fillah melebih ikatan tanzimi. Mereka mengenal Allah yang Satu dan menjadi bersaudara sebelum mengikuti mana-mana kumpulan dan thaifah. Mereka tidak sombong atau bermegah-megah dengan orang lain. Mereka tetap menghormati pandangan selagi tidak keluar dari batas-batasan Islam ataupun harus dan berlapang dada dengan perbezaan cabang dan furuk.

Firman Allah SWT (Al-Imran:103)

"dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu"

Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.



Ikatan ketiga ialah Ikatan Jihad. Ini adalah ikatan yang mengikat mereka di atas misi melakukan amalan jihad di jalan Allah tanpa kenal putus asa dan letih. Mereka bersama-sama berdakwah, melakukan pemilihan, melakukan tarbiyyah, melakukan latihan, melakukan perkaderan bagi melahirkan golongan pelopor, menyatukan ummah, mendorong ummah melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan melakukan projek-projek kebangkitan bagi ummah. Mereka melakukan dengan amal secara berjamaah, mentaati qiayadah, melakukan syura, melaksanakan keputusan syura dan beriltizam meskipun bertentang dengan pandangan peribadi. Mereka bekerja dan berjuang tanpa mengenal penat dan lelah, siang ataupun malam, senang mahupun terpaksa, dekat ataupun jauh semua diharungi demi melaksanakan keputusan amal demi memenangkan dakwah Islam sehingga disokong oleh ummah sehingga menjadi perkasa dan kuat, menjadi tapak kekuatan dan akhirnya tapak kekuasaan sehingga Islam itu dapat memerintah dan bukan diperintah.

Maka bersatulah kita di atas tiga ikatan ini dan moga dengan ikatan keimanan, ukhuwwah dan jihad akan terus menjana jiwa-jiwa kita untuk melakukan amal Islam dengan bersungguh-sungguh hingga menemui Allah dalam keadaan mendapat kemenangan di dunia mahupun kemenangan di akhirat

Firman Allah SWT (At-Taubah);

111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.

Syurga itu adalan tempat dan ganjaran sebaik-baiknya dari Allah SWT buat orang yang beriman.

Firman Allah SWT (Surah Al-Kahf)

31. mereka itu, disediakan baginya syurga Yang kekal, Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka Dihiaskan di dalamnya Dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera Yang nipis dan sutera tebal Yang bersulam; mereka berehat di dalamnya Dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). demikian itulah balasan Yang sebaik-baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat Yang semolek-moleknya

Rabu, 14 April 2010

Memoir Seorang Da'ie di Bumi Kenyalang

Assalamualaikum WBT,

Sahabat kita Munzir ada sedikit perkongsian di blognya pasal kembaranya di Sarawak baru2 ni (23-30 Mac). Kembara Dakwah.

Sila klik di link di bawah untuk merasai pengalaman tersebut melalui lensa kamera dan lensa mata hati sahabat kita nii...

http://catalyst92.blogspot.com/2010/04/kembara-kasih-ke-bumi-kenyalang.html

Tapi baru episod 1 hehe. Ana agak akan ada 5-6 episod lagi kut. Gambar2nya best.

Doakan Ukhti Zahirah kita...

Assalamualaikum WBT.

Ingat lagi tak post 17 Februari lepas? Adik sahabat kita Zakaria, Zahirah yang masih form 1 telah accident dan koma.

Alhamdulillah, ana menulis setelah menziarahi beliau dan keluarganya.

Keadaan Zahirah yang terkini sudah sedar dari koma, dan perkembangan yang sangat menggembirakan Makcik Zainab dan Pakcik Zulkifli ialah anak mereka yang tersayang ini sudah boleh bercakap, walaupun agak kabur.

Minda Adik Zahirah tidak terjejas, cuma mungkin saraf badan masih belum pulih sepenuhnya. Bila ditanya, dia masih ingat sahabat-sahabatnya, nama muallim muallimah, dll. Dia siap boleh tahu abang dia dapat 3A SPM (hehe), mungkin dia dengar orang lain cakap masa dia belum sedar atau belum boleh bercakap. Tangan juga sudah boleh digerakkan, biarpun masih kaku. Cuma kaki yang patah belum pulih. Masih lagi terlantar, tetapi dibandingkan dengan keadaan sebelumnya, memang agak cepat pulih berbanding kes-kes lain yang sebegini.

Akhir kata, doa-doakan adik kepada sahabat kita ni sekeluarga dan bersyukurlah kepada Allah di atas segalanya.

Ditulis dengan tergesa2 oleh,
Muslim In Black
1.04 am, 14 Mac 2010

http://astrangemuslim.blogspot.com

Our Solat


There were only 15 minutes left before Solat-ul Isha {The night prayer}.

He quickly made Wudhu {purification washing of the face, hands, head, ears, and feet} and then, performed Solat-ul Maghrib {The dusk prayer}.

While making Tasbih {praising of ALLAH}, he again remembered his grandmother and was
embarrassed by how he had prayed.

His grandmother prayed with such tranquillity and peace.

He began making Dua{suplications} and went down to make Sajdah{prostration} and stayed like that
for a while.

He had been at work all day and was tired, so tired.

He awoke abruptly to the sound of noise and shouting.

He was sweating profusely.

He looked around.

It was very crowded.

Every direction he looked in was filled with people.

Some stood frozen looking around, some were running left and right and
some were on their knees with their heads in their hands just waiting.

Pure fear and apprehension filled him as he realized where he was.

His heart was about to burst.

It was the Day of Judgment.

When he was alive, he had heard many things about the questioning on the

Day of Judgment, but that seemed so long ago..

Could this be something his mind made up?

No, the wait and the fear were so great that he could not have imagined this.

The interrogation was still going on.

He began moving frantically from people to people to ask if his name
had been called.

No one could answer him.

All of a sudden his name was called and the crowd split into two and
made a passageway for him.

Two angels grabbed his arms and led him forward.

He walked with unknowing eyes through the crowd.

The angels brought him to the centre and left him there.

His head was bent down and his whole life was passing in front of his
eyes like a movie.

He opened his eyes but saw only another world.

The people were all helping others.

He saw his father running from one lecture to the other, spending his
wealth in the way of Islam.

His mother invited guests to their house and one table was being set
while the other was being cleared.

He pleaded his case,

'I too was always on this path..

I helped others.

I spread the words of Allah.

I performed my Solah{prayers} .

I fasted in the month of Ramadhan.

Whatever ALLAH ordered us to do, I did.

Whatever HE ordered us not to do, I did not.'

He began to cry and think about how much he loved ALLAH.

He knew that whatever he had done in life would be less than what
ALLAH deserved and his only protector was ALLAH... He was sweating like
never before and was shaking all over.

His eyes were fixed on the scale, waiting for the final decision.

At last, the decision was made.

The two angels with sheets of paper in their hands, turned to the crowd.

His legs felt like they were going to collapse.

He closed his eyes as they began

To read the names of those people who were to enter Jahannam{the worst Hell Fire}.

His name was read first.

He fell on his knees and yelled that this couldn't be,

'How could I go to Jahannam{the worst Hell Fire}?

I served others all my life,

I spread the words of ALLAH to others'.

His eyes had become blurry and he was shaking with sweat.

The two angels took him by the arms.

As his feet dragged, they went through the crowd and advanced toward
the blazing flames of Jahannam{the worst Hell Fire}.

He was yelling and wondered if there was any person who was going to help him.

He was yelling of all the good deeds he had done, how he had helped
his father, his fasts, prayers, the Noble Qur'an that he read, he was
asking if none of them would help him.

The Jahannam angels continued to drag him.

They had gotten closer to the Hellfire.

He looked back and these were his last pleas.

Had not Rasulullah [S.A.W.] {Messanger of ALLAH Muhammad Peace be upon him} said;

'How clean would a person be who bathes in a river five times a day,
so too does the Solah performed five times cleanse someone of their
sins'?

He began yelling,

'My prayers? My prayers? My prayers.?'

The two angels did not stop, and they came to the edge of the abyss of Jahannam{The Worst Hell Fire}.

The flames of the Fire were burning his face.

He looked back one last time, but his eyes were dry of hope and he had
nothing left in him.

One of the angels pushed him in.

He found himself in the air and falling towards the Flames.

He had just fallen five or six feet when a hand grabbed him by the arm
and pulled him back.

He lifted his head and saw an old man with a long white beard.

He wiped some dust off himself and asked him,

'Who are you?'

The old man replied,

'I am your prayers'.

'Why are you so late! I was almost in the Fire!

You rescued me at the last minute before I fell in'.

The old man smiled and shook his head,

'You always performed me at the last minute, did you forget?'

At that instant, he blinked and lifted his head from Sajdah{prostation} .

He was in a sweat.

He listened to the voices coming from outside.

He heard the Adhan{call for prayer} for Solat-ul Isha{the night prayer}.

He got up quickly and went to perform Wudhu{purification washing of the face, hands, head, ears, and feet}.

Pass this on to your friends and family.... ...

Maybe, you can help someone open their eyes.

And who knows?

Maybe, this is a good deed that can help you during the day of judgement.

(INSHA-ALLAH)

Dari Akhuna Munzir Al-Yamani (insya-Allah)


Assalamualaikum
salam perjuangan kpd sahabat2 skalian..

Alhamdulillah, Insya Allah sama ada akhir bulan ini atau awal bulan depan, ana bersama sahabat2 di bawah rangkaian Musleh ( Akh Ramadhan, Akh Taslim, Akh Mawardi, Akh Iyadh ) akan berangkat ke Yaman...
pergi awal ke sana untuk masuk kelas persediaan dari segi lughah(bahasa) dan hafazan..Insya Allah mendaftar diri pada Muharram depan di Jami'ah(Universiti) Al Iman, Sana'a...* antum kenal Mursyid Universiti ni...Syeikh Abdul Majid Zindani..

Insya Allah ana akan amik kos Syari'ah Islamiah

Jadi, mintak sahabat semua doakan agar tiada aral yang melintang dan doakan pergi ana kembali semula..( rasenye lame jugak tu..x silap 7 tahun..)

Kesempatan ni jugak ana memohon kemaafan yang x terkira banyaknya seandainya selama kita bersahabat, bermu'ayasyah, " bermesyuarat" , ber-"post-mortem" , bergaul, bergurau, bersembang, dan lain-lain , ana ade tersilap kat mane2.. ana manusia yang x lekang dari kesalahan... inilah diri ana..harap dimaafkan.

Perginya ana ke sana untuk membina diri agar menjadi org yang bermanfaat kepada perjuangan Islam, negara, masyarakat dan semua kelak... doakan segala-galanya dipermudahkan. . Ana x akan lupakan ntum.. sepanjang hidup ana, kat Al Aminlah yang paling berharga dan bermakna...

Uhibbukum Fillah Abadan Abadaa!! Barakallahu Fiikum!

" wahai orang2 yang beriman, tolonglah Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan menetapkan kakimu"
muhammad:7

p/s: jadikan blog dan yg sebagai medium penghubung antara kita..

Khamis, 8 April 2010

Artikel terkini batch

Salam, mohon jutaan maaf, tak sempat nak copy, cuma ana sempat sertakan link sahaja untuk artikel2 terkini kita.

http://alumnigen5.blogspot.com/2010/04/yahoo-group.html
http://alumnigen5.blogspot.com/2010/04/updates-batch-kita.html

Oleh:
Muslim In Black

Ps. Mohon kerjasama kita semua mengimarahkan blog kita. Semoga memenuhi matlamatnya iaitu menjadi penghubung silaturrahim antara kita yang semakin lama semakin jauh. Kita juga dah ada yahoo group. Mohon maklumkan di sini kalau tak dapat akses ke yahoo group atau blog kita.