Ahad, 17 Januari 2010

PeTuA mUdAh MeNgInGaT

PeTuA mUdAh MeNgiNgAt

1.JANGAN SUKA MAKAN KEPALA IKAN
Pepatah cina ada menyatakan;"Ikan mula busuk dari kepalanya."Jika mahu juga menjamah sedikit,hendaklah membaca doa.

2.JANGAN MAKAM MAKANAN DAN MINUM AIR YANG TELAH DIMASUKI SERANGGA
Contohnya semut,lalat atau lipas.

3.JANGAN MAKAN ORGAN DALAMAN
Misalnya ikan,ayam,burung,kambing,lembu dan laim-lain seperti hati,jantung,limpa,paru,perut,telur,otak dan sebagainya.Jika teringin juga hendak makan,bacalah doa.

4.ELAKKAN MINUM KETIKA SEDANG MAKAN
Minumlah 1 jam sebelum atau selepas makan.Jika minum ketika makan,makanan tidak dapat dihadamkan dengan sempurna kerana enzim penghadam makanan telah dicairkan oleh air yang telah diminum..Makanan perlu dihadamkan dengan sempurna untuk mendapat zat yang optimum yang diperlukan oleh tubuh badan.

5.MAKAN APABILA LAPAR DAN BERHENTILAH SETELAH KENYANG
Jangan makan apabila tidak lapar dan jangan makan sehingga terlalu kenyang.

6.MAKAN AWAL
Pada sebelah malam,misalnya sebelum maghrib.Waktu belajar memerlukan 2 jam selepas makan bagi membolehkan tumpuan diberikan sepenuhnya.

Jumaat, 15 Januari 2010

Jangan berfikir untuk bersedekah


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW., sabdanya: ”
Ada seorang lelaki berkata, “Aku hendak bersedekah malam ini.” Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur. Esok pagi orang banyak mempercakapkan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi orang sedekah. Orang itu berujar, “Wahai, Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya.

Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang memberi sedekah kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata, “Wahai, Allah! Untuk-Mulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikannya kepada si pencuri. Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itu pun berujar pula, “Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.’

Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya katanya :”Sedekah anda sudah diterima baik oleh masing-masing orang yang anda beri sedekah. Adapun perempuan lacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur; kepada si kaya, semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.”[HR Muslim]

Berdasarkan hadis ini jelas sekali kepada kita bahawa sedekah kita tetap diterima oleh Allah seandainya ada keikhlasan di atas apa yang disedekahkan oleh kita. Sesiapa pun yang menerima sedekah kita tidak menjadi masalah, walaupun mungkin pada pandangan nilaian mata manusia sedekah yang kita lakukan berlaku di luar adat manusia. Tetapi bila kita membaca mafhum hadis ini jelas sekali apabila kita timbul niat untuk bersedekah, maka jangan kita berfikir panjang kepada siapa dan berapakah jumlahnya yang akan kita keluarkan untuk bersedekah.

Lelaki yang disebut di dalam hadis ini tidak menghiraukan apa jua perkataan yang keluar walaupun sedekah yang dikeluarkan tidak menepati nilaian mata manusia, namun apa yang lebih penting ialah nilaian amal kebajikan di sisi Allah SWT.

Jadilah golongan yang memberi kerana kedudukannya jauh lebih mulia berbanding mereka yang menerima. Allah SWT amat memuliakan golongan yang memberi ini, tetapi seandainya mereka memberi tetapi dalam keadaan si penerima tidak redha dan merasa benci dengan pemberian dan sedekahnya kerana wujud kejian dan kata-kata yang tidak baik, maka adakah ianya mendapat rahmat di sisi Allah? Mudah-mudahan amal baik kita ini diterima oleh Allah SWT.

Rabu, 13 Januari 2010

Al Amin TERCINTA!!



Alhamdulillah, sesi pembelajaran 2010 Pusat Pendidikan Al Amin kemaman telah pun bermula... pada tahun ini jumlah pelajar SMIAAK meningkat kepada 209 orang dan guru seramai 18 orang. Moga-moga pelajar-pelajar yang ramai ni dapat memberi maslahat yang besar kepada sekolah...

Beberapa orang ahli f17 mengambil kesempatan sementara menunggu keputusan SPM dengan menyumbang tenaga kepada sekolah.. Ukhtuna Najihah bekerja sebagai Muallimah di SRI ( mengajar subjek Bahasa Arab tahun1 dan 2), Ukhtuna Humairaa' bekerja sebagai akauntan sekolah dan akhuna Munzir bekerja sebagai Guru ICT dan warden asrama. Juga terdapat sebahagian daripada kita yang selalu datang ke sekolah dan membantu apa-apa yang perlu.. contohnya Ukhtuna Amirah dan Akhuna Zakaria..( minta maaf kalau x ter-sebut )...



Ini menunjukkan rasa cinta kita terhadap sekolah..tempat selama ini kita ditarbiyyah.. kepada yang bekarja di Al Amin, ambillah kesempatan ini untuk mentarbiyyah adik-adik kita... dan kepada mereka yang di luar Al Amin sama ada dekat atau jauh ( ade dekat Myanmar, dengar-dengar nanti ade akhawat yang akan pergi ke Jepun ), sumbanglah sesuatu walau bagaimana pun jalannya...

Kita pernah berjanji bahawa kita akan datang membantu sekolah... Ana yakin semua f17 akan mengotakan janji tersebut cuma tak tahu bile je kan?? ^_^

muhammad92

Selasa, 12 Januari 2010

Makluman terbaru mengenai Latihan Kader Dakwah!

Assalamualaikum, mukhayyam ( LKD ) akan diadakan di Lata Celak, Sungai Petani Kedah pada 29 - 31 Januari 2010. Harap Maklum.

yang Benar,
Mas'ul Tganu

Khamis, 7 Januari 2010

BORANG MUTABAAH AMAL LKD

assalamualaikum..
ini borang mutabaah amal LKD. semoga kita sentiasa istiqamah dengan wajibat kita.. kepada mereka yang tak pergi LKD sekalipun, antum boleh download borang ni sebab ini adalah wajibat para duat..BORANG MUTABAAH AMAL LKD-DOWLOAD HERE!!

Rabu, 6 Januari 2010

tentatif LIQA' MAHABBAH

8.00 PAGI-9.00 PAGI
-KETIBAAN JEMPUTAN
-PENDAFTARAN

9.00 PAGI-11.00 PAGI
-PERMAINAN

11.00 PAGI-11.30 PAGI
-REHAT DAN SOLAT DHUHA

11.30 PAGI-1.00 PETANG
-TAZKIRAH
-PERBENTANGAN ORGANISASI
-‘VIDEO SHOW’

1.00 PETANG-2.00 PETANG
-SOLAT ZOHOR DAN REHAT

2.00 PETANG-4.30 PETANG
-TAARUF
-PERTUKARAN HADIAH

4.30 PETANG-5.00 PETANG

-SOLAT ASAR DAN BERSURAI

Selasa, 5 Januari 2010

maklumat lanjut berkenaan Latihan Kader Dakwah

Kali ini, LKD akan dibuat dalam bentuk mukhayyam di Negeri Terengganu darul Iman... Insya Allah, prog ini akan diarah oleh Ustaz Idris dan mungkin kita akan memenuhi kerusi2 AJK... bersedialah!!

Yang Benar,
Mas'ul Tganu

MUSLEH memperkasa pendidikan Islam - petikan dari akhbar Utusan Malaysia 4 Jan 2010




KEJAYAAN menghimpunkan seramai 1,200 peserta dan pegawai dari sekolah-sekolah jaringannya, Sekolah Islam Adni, Jaringan Sekolah Islam Terpadu, Indonesia dan Yala Islamic College, Thailand pada program Perkhemahan Nasional Kadet Remaja Sekolah MUSLEH,

yang berlangsung Disember lalu merupakan acara paling bersejarah kepada Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad atau lebih dikenali sebagai MUSLEH bagi menutup tirai tahun 2009.

Bahkan diari 2009 yang baru empat hari ditinggalkan ini turut mencatatkan kenangan bermakna apabila pelajar tingkatan lima SMI Hidayah, Johor Bharu, Ishraf Hakim Mohd. Nadzri, telah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Syarahan bagi program Pertandingan Aktiviti Kokurikulum Sekolah-Sekolah Swasta 2009 peringkat Kebangsaan, Ogos lalu.

Selain itu, MUSLEH juga berbangga dengan sambutan yang diterima menerusi Program Nadwah Pelajar 2009 pada Oktober lalu, di mana menerima penyertaan di luar jangkaan apabila semua 14 buah sekolah menengah Islam (SMI) dari seluruh negara iaitu seramai 180 orang.

Sesungguhnya, apabila melihat ikatan silaturahim dan ukhuwah Islamiah sesama Muslim dari dalam dan luar negara tersimpul erat serta penonjolan aktif generasi pelapis, sudah pastinya, usaha memperkasakan sistem pendidikan Islam perlu diarus perdanakan demi melahirkan anak-anak yang berakhlak tinggi dan profesional ke arah membangunkan modal insan.

Pengerusi MUSLEH, Megat Mohamed Amin dalam pertemuan di Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur, Rabu lepas menjelaskan, MUSLEH adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan yang tidak mensasarkan keuntungan dalam usaha-usaha yang dipelopori olehnya. Bersesuaian dengan maksud MUSLEH iaitu orang yang baik dan yang mengajak orang lain kepada kebaikan

"Peranan sebagai sebuah institusi pendidikan sebenarnya telah bermula semenjak tahun 1985. Bermula dengan Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira' di Shah Alam dan kini telah berkembang sehingga 19 buah SRI dan 14 buah SMI di seluruh negara kecuali Melaka, Perlis, Sabah dan Sarawak.

"Pada tahun 1988, pengetua-pengetua ini telah berkumpul dan berbincang dan kata sepakat diperoleh untuk menubuhkan Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) dan bergerak secara tidak formal. Sehinggalah pada 1996 barulah ia berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

"Pada masa sama, di pihak pengetua-pengetua, mereka merasakan perlunya ada satu cara yang lebih efektif. Nak dijadikan cerita, pada seminar pendidikan Islam anjuran Jamaah Islah Malaysia (JIM), salah satu daripada resolusinya ialah menubuhkan satu rangkaian institusi pendidikan Islam. Bertitik-tolak dari situlah, akhirnya tertubuhnya MUSLEH iaitu pada 4 Mei 2000," terang Megat Mohamed yang juga merupakan Pengarah Eksekutif MUSLEH.

Tambah beliau, jika dilihat kepada falsafah dan konsep yang terdapat di MUSLEH, sebenarnya ujar Megat Mohamed ia lebih kurang sama dengan institusi pendidikan Islam yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan dewasa ini iaitu; menuju kepada arah yang satu; mencari keredaan Allah dan menghayati Islam.

"Tinggal lagi, kita merasakan perlu mewujudkan satu suasana, persekitaran atau kami panggil biah yang sesuai serta membolehkan konsep dan falsafah serta sistem-sistem ini dilaksanakan dengan efektif dan efisien. Selain itu, perkara yang sangat penting dalam falsafah pendidikan Islam ini, ia berteraskan konsep akidah at tauhid, sekali gus melahirkan insan rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri sendiri, masyarakat, negara dan dunia, sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan as-sunnah.

"Selain dibezakan menerusi konsep dan falsafah di atas, perkara kedua ialah dari segi kemampuan untuk mengoperasikan konsep dan falsafah tersebut. Yang menjadi isu, ramai yang boleh bercakap tetapi untuk menggerakkannya bukanlah sesuatu yang senang. Oleh itu, perkara inilah menjadi tumpuan MUSLEH. Sebagi contoh, dari segi para pendidik.

"Sistem ini perlukan kepada guru-guru atau di sini disebut murobbi yang mampu menyampaikan mesej. Mereka ini bukan sahaja bertanggungjawab untuk mengajar semata-mata tetapi mampu melaksanakan tanggungjawab permentoran/intervensi, rangsangan, tunjuk ajar dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan, orang yang mempunyai kriteria sebegini memang susah, terutamanya yang memiliki ciri qudwah hasanah (contoh tauladan yang baik)," tegas Megat Mohamed petang itu.

Lantaran itu, untuk memastikan bahawa para pendidik merupakan murobbi yang dihormati, disayangi serta berkesan dalam menjalankan tanggungjawab, MUSLEH telah menjalankan kursus dan latihan berterusan kepada para pendidik SRI dan SMI. Setelah tamat, mereka diberi Syahadah Perguruan SRI-SMI (SP SRI-SMI).

Begitu juga, penyediaan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM) yang menggabungkan penilaian holistik dan berterusan. Syahadah SPPM dianugerahkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam pendidikan mereka di SRI dan SMI.

MUSLEH mengharapkan, melalui semua proses pengajaran dan pembelajaran dalam sistem ini, akan lahir pelajar-pelajar yang berkelayakan dan berkemampuan untuk menjadi penggerak dan pemimpin dakwah dalam masyarakat.

Mengakui akan cabaran daripada anasir atau pengaruh luar yang lebih merbahaya, maka harapan Megat Mohamed agar diwujudkan kerjasama terutamanya dengan kementerian, agensi-agensi swasta malah semua pihak untuk sama-sama berganding bahu untuk menyelamatkan para pelapis negara ini.

"Hakikatnya, perlu dijelaskan kepada semua pihak akan kepentingan diterapkan falsafah dan pendidikan Islam kepada semua golongan masyarakat tidak mengira, warna kulit, bangsa dan agama dalam melahirkan modal insan.

"Sayangnya apa yang berlaku, ramai yang telah meletak atau melabel terlebih dahulu sebelum terlebih dahulu fahami di sebalik sistem pendidikan Islam itu. Itulah yang menjadi kekangan kepada usaha pemulihan sistem pendidikan negara.

"Untuk itu, MUSLEH amat berhajat untuk berkerjasama dengan kementerian, institusi pendidikan Islam dan bukan Islam di mana pada akhirnya, akan lahir seorang insan yang berguna dan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara," kata beliau mengakhiri perbualannya.

Ahad, 3 Januari 2010

MAKLUMAN!!!

Insya Allah, Latihan Kader Dakwah yang seterusnya akan dibuat mukhayyam pada 29 - 31 Januari 2010... harap kepada yang berkenaan dan tidak ada aral menghadirkan diri pada program ini... maklumat yang seterusnya akan menyusul. Insya-Allah.

Yang Benar,
mas'ul tganu

Sabtu, 2 Januari 2010

kad undangan ke LIQA' MAHABBAH..






~antum/antunna daripada batch 5 (f5,2009) dijemput hadir.
~kehadiran perlulah disahkan kepada AJK JEMPUTAN(sarah,amirah dan naimin) sebelum 15 jan 2010.
~yuran adalah sebayak RM10 untuk menampung perbelanjaan program.
~antum/antunna diminta membawa hadiah untuk aktiviti pertukaran hadiah.
~pakaian formal yang menutup aurat bagi banin&banat(baju kurung/...)
~extra t-shirt & bottom track diperlukan bagi tujuan program.
~sebarang pertanyaan sila layangkan di http://www.fifthbatch.blogspot.com/ atau kepada AJK yang terlibat...
~sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa.

sekian dahulu,
terima kasih