Rabu, 13 Januari 2010

Al Amin TERCINTA!!



Alhamdulillah, sesi pembelajaran 2010 Pusat Pendidikan Al Amin kemaman telah pun bermula... pada tahun ini jumlah pelajar SMIAAK meningkat kepada 209 orang dan guru seramai 18 orang. Moga-moga pelajar-pelajar yang ramai ni dapat memberi maslahat yang besar kepada sekolah...

Beberapa orang ahli f17 mengambil kesempatan sementara menunggu keputusan SPM dengan menyumbang tenaga kepada sekolah.. Ukhtuna Najihah bekerja sebagai Muallimah di SRI ( mengajar subjek Bahasa Arab tahun1 dan 2), Ukhtuna Humairaa' bekerja sebagai akauntan sekolah dan akhuna Munzir bekerja sebagai Guru ICT dan warden asrama. Juga terdapat sebahagian daripada kita yang selalu datang ke sekolah dan membantu apa-apa yang perlu.. contohnya Ukhtuna Amirah dan Akhuna Zakaria..( minta maaf kalau x ter-sebut )...



Ini menunjukkan rasa cinta kita terhadap sekolah..tempat selama ini kita ditarbiyyah.. kepada yang bekarja di Al Amin, ambillah kesempatan ini untuk mentarbiyyah adik-adik kita... dan kepada mereka yang di luar Al Amin sama ada dekat atau jauh ( ade dekat Myanmar, dengar-dengar nanti ade akhawat yang akan pergi ke Jepun ), sumbanglah sesuatu walau bagaimana pun jalannya...

Kita pernah berjanji bahawa kita akan datang membantu sekolah... Ana yakin semua f17 akan mengotakan janji tersebut cuma tak tahu bile je kan?? ^_^

muhammad92

1 ulasan:

Khaleefah Allah ^_^ berkata...

Selamat melakukan tugas...
Semoga dpt menjalankan segala amanah yg diberikan dgn penuh rse tanggungjwb dan ketaqwaan kpd Allah.. :)

Catat Ulasan

Ayuh, lontarkan pendapat dan komen masing2.. bukalah minda anda..(^^,)