Rabu, 10 Februari 2010

Resolusi Meeting

Assalamualaikum WBT!!!
Salam kecemerlangan diucapkan kepada saudara/i batch 92 sekalian!

Buat makluman semua, pada 6 Februari yg lepas, telah diadakan mesyuarat ad hoc Reunion II Batch 5 di SMI Al-Amin Kemaman. Yg hadir:
  1. Izzat B. Iqbal, Pengarah Reunion 2
  2. M. Irfan B. Bahrin, Pemangku Pengarah @ Bendahari 1
  3. Humaira' Bt. Abdul Malik, Timbalan Pengarah
  4. Ainin Sofia Bt. Roslan, AJK Protokol Batch
  5. Cik Norehan Bt. Mohd Syarif (selaku guru menemani meeting)
Antara perkara yg dibincangkan ialah tugas AJK, Bajet dan yuran, penceramah, program, makanan, dll.

Hasil keputusan perjumpaan tersebut adalah seperti berikut:
  • Urusan penceramah bagi setiap slot akan diurus oleh M. Irfan B. Bahrin.
  • Aminah dan Aqilah akan menguruskan bidang makanan dan BBQ.
  • Program untuk slot ice breaking, back up program akan dirangka oleh AJK Program.
  • Jemputan diurus oleh AJK Jemputan.
  • Peralatan & Teknikal, diurus oleh Banin (Zakaria? Faizwan? Naimin?)
  • Kebajikan dan Keselamatan cadangnya seorang Banat dan seorang Banin (Banat cadangnya Ukht Afifah)
  • Setiausaha akan menyediakan surat keizinan untuk menggunakan sekolah (SMIAAK sebagai tempat bermalam), serta borang soal selidik.
  • !! Adalah dimaklumkan juga dalam meeting tersebut bahawa M. Irfan B. Bahrin dan M. Munzir B. Muzahar tidak dapat hadir Reunion 2 kerana menyertai program yg lain yg tidak kurang pentingnya (HOPE GEN Y PEMIKIR).
Bajet program
  • Makanan RM 6 x 40 =RM 240
  • BBQ RM 5x 40 = RM 200
  • Penceramah RM 120
  • Peralatan RM 50
  • Cenderahati RM 2 x 40 = RM 80
JUMLAH RM 690
  • Tabungan batch sedia ada RM 200
  • Maka disepakati yuran RM 15 seorang
Juga telah dibincangkan lama sebelum itu tentatif Reunion 2 Batch:

JUMAAT, 19/2
5.30-6.30 Ketibaan peserta, check-in, pendaftaran
6.30-7.30 Dinner, kendiri, Maghrib
7.30-9.00 Solat hajat, kuliah, Isya', dll,
9.00-11.00 Slot 1 Tema : Perancangan Kewangan Kehidupan
11.00 Supper, tadarus + 15 minit, tidur

SABTU, 20/2
4.00-6.00 Kendiri, Qiamullail (individu dan jam'ie)
6.00-7.00 Subuh, Kuliah/ ma'thurat
7.00-8.30 Sarapan pagi, kendiri, riadhah(jogging ke pantai mungkin),
8.30-10.30 Slot 2 Tema: Menyambung Pelajaran ke IPT
10.30-11.00 Minum pagi
11.00-1.00 Slot 3 Tema : Kehidupan di IPT
1.00-2.00 Lunch, Zohor, rehat
2.00-5.00 Eksplorasi, perbentangan hala tuju, BBQ , penyampaian hadiah, bersurai

Diharap dapat memberi kerjasama yg maksima bagi menghasilkan program yang benar2 memberi manfaat optimum buat kita bersama.

Muslim In Black
a-strange-muslim.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayuh, lontarkan pendapat dan komen masing2.. bukalah minda anda..(^^,)