Jumaat, 17 Jun 2011

Program Anak Angkat PERKESO

Alhamdulillah,ana diberi peluang untuk menjadi urusetia dalam Program Anak Angkat PERKESO di Politeknik.Mereka semua adalah anak yatim atau yatim piatu..sama ada mak atau ayah....dan kesemua peserta berjumlah 244 orang,1 lelaki india,2 perempuan india,2 perempuan cina.

Dalam banyak-banyak peserta,ada kisah seorang peserta yang menarik untuk ana kongsikan.Ayah peserta ni meninggal semasa dia berumur 2 tahun.Ibunya pergi ke pejabat PERKESO untuk mendapatkan pampasan,tapi atas sebab yang tertentu,permintaan itu ditolak ..Pada tahun 2009,ibunya meninggal..dan peserta ni datang ke pejabat sambil membawa satu bungkusan plastik yang berisikan cebisan kertas.Pengurus PERKESO Dungun,En.Tarmizi melihat isi bungkusan plastik tersebut,cebisan kertas itu adalah surat sewaktu ibunya datang mendapatkan pampasan.Rupanya,peserta ini terjumpa cebisan surat itu sewaktu mengemas barang milik ibunya.En.Tarmizi sendiri terpaksa mencamtum kan surat itu..dan dengan pampasan yang tidak dituntut sejak kematian ayahnya,dia mendapat pampasan sebanyak RM 20,000 .

En.Tarmizi sendiri menyerahkan duit itu di rumah peserta itu tinggal .Rumah yang didiami sangat daif,tebal lantai semin sangat nipis.Tapi cerita ini bukan setakat ini sahaja.Selepas menyerahkan duit itu,En.Tarmizi membuat pemerhatian terhadap peserta ni.Rupa-rupanya,peserta ini tidak mendapat duit tersebut,duit itu digunakan oleh ayah tirinya untuk membeli sebuah kereta,En.Tarmizi hanya nampak duit itu digunakan beberapa ribu sahaja untuk membaiki rumah yang usang.Dan pada satu malam,polis di daerah dungun memberitahu En.Tarmizi ,yang ayah tiri peserta itu sedang berada di kelab dangdut pada pukul 2 pagi..Dan sekarang ,peserta tu dapat duit bulanan dari PERKESO dalam RM 150 sahaja..

Dan apa yang ana tau sekarang,dia sekarang tidak bersekolah,tapi sedang bekerja,katanya tidak ada orang yang hendak menangung kos yuran pembelajaranya...dan bila ana tanya dia tinggal dengan siapa sekarang,dia cakap dia tinggal dgn orang, yang ana tau,dalam bahasa ganu,ia membawa maksud dia tinggal dgn orang yang tak ada talian darah dengan dia.

Mungkin boleh dijadikan iktibar..

Oleh : Zakaria Zulkifli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayuh, lontarkan pendapat dan komen masing2.. bukalah minda anda..(^^,)