Khamis, 25 Februari 2010

X-MeGa.. Ayuh Bersama Melakar Kecemerlangan!


TARIKH : 5-6 Mac 2010
HARI : Jumaat-Sabtu ( 2 hari 1 malam )
MASA : 5.00 pm ( Jumaat ) - 5.30 pm ( Sabtu )
TEMPAT : SMIAAK dan Monica Bay
YURAN : RM 15 Sahaja
ANJURAN : Semestinya Alumni Batch5

OBJEKTIF??
  • Sebagai susulan kepada program reunion Batch5 SMIAAK
  • Mendedahkan para peserta kepada realiti pengajian tinggi
  • Membantu para peserta merancang masa hadapan misalnya kewangan dan pelajaran
  • Mengekalkan dan mengeratkan hubungan di antara ahli secara berpanjangan
" Ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwudhuklah. Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah. Ketika bahu tidak berkuasa memikiul amanah, maka bersujudlah. Ikhlaskan semuanya dan dekatlah pada ALLAH S.W.T. agar tunduk di saat yang lain angkuh... agar teguh disaat yang lain runtuh...agar tegar disaat lain terlempar."

Ada APA dengan X-MeGa ni??

  • Kita ada pembentang yang Insya ALLAH hebat-henat dan berpengalaman tentang maklumat-maklumat berkenaan IPT.
  • Kita akan mengadakan "BBQ" di Monica Bay..^_^
  • Paling Penting, ialah hubungan antara kita sesama ahli ALUMNI BATCH5 bertambah erat.

Perlu sedia ape2 ke?? leceh laa..
- x pe, jangan risau, Mudah saja...^_^

  • sediakan pakaian yang menutup aurat
  • bawa alat tulis dan buku nota ye..( nak catit maklumat2 penting la kan)
PENTING!!2

* Tarikh tutup untuk menyertai program X-MeGa pada 3 MAC 2010 ( lagi awal lagi bagus pasal kami nak bajet makanan dll awal2)
* Sila bagi respon kehadiran anda kepada AJK Jemputan dan Pendaftaran di talian :


Banin - Akh Munzir
  • 014-5176400
Banat - Ukht Amirah
  • 014-5179654
- Ukht Sarah
  • 013-9211689
Fifthbatch - 019-4036052

Khamis, 18 Februari 2010

Doakan juga buat Akh Zainul ( abang sulung Zakaria, alumni Al Amin batch 2 )

ana dapat berita yang Akh Zainul ( abang sulung Zakaria ) ditahan wad di Hospital Kemaman kerana menjadi suspek Demam Denggi. Minta semua doakan untuk beliau agar cepat sembuh. Juga doakan supaya keluarga akh kita Zakaria tabah menghadapi ujian Allah yang berat ini.. Syafahullah!

Rabu, 17 Februari 2010

DOAKAN ADIK ZAHIRAH ( ADIK KEPADA AKH ZAKARIA )

Asaalamulaikum sahabat-sahabat..moga kalian berada dalam naungan Allah ta'ala..

semalam gempar dengan kemalangan yang berlaku kepada adik Zahirah, adik kepada Akh Zakaria. ana sendiri lihat kejadian tu.. macam biasa student Al Amin yang dari rantau dan sekitarnya tunggu di tepi jalan dungun-kemaman.. masa tu jalan memang gelap, lebih kurang 6.50 pagi, tambah-tambsah lagi sekarang subuh lewat jadi lambat sket nak cerah tu. lampu jalan pulak mase tu memang dah tutup. memang gelap betul. ana baru habis melintas dengan adik ana Farhah..baru letak beg, dan ana sempat nampak adik Zahirah kita ni nak melintas dari seberang...

sekejap ana menoleh ke tempat lain, kemudian terdengar bunyi motor, ana berpaling ke jalan dan nampak motor tu langgar sesuatu, ( sejujurnya, ana ingat motor tu langgar batu atau sesuatu yang keras dan ana ingat adik Zahirah dah selamat melintas ).. motor tu tercampak, penunggang pulak beberapa kali berpusing di udara sebelum terhempas beberapa meter di depan. ana bergegas ke arah penunggang sebab ana langsung x terlintas dalam fikiran yang die langgar tu 'seorang budak'.. ana ke tengah jalan dan nampak seorang budak perempuan, ana ingatkan anak kepada penunggang motor tadi, tapi bila dah nampak adik tu pakai baju KRS, Pak Cik Zul pulak datang ( ayah kepada Zakaria ), baru ana tahu yang tu Zahirah.. Bas sekolah sampai.

mula2 x berani nak angkat sebab struktur tubuh badan nampak pelik.. polis bantuan ( yang bekerja di pos kawalan rantau petronas ) datang sekat jalan sebab kenderaan2 yang lalu memang laju.. terpaksa angkat ke tepi takut2 ade kenderaan yang x sempat berhenti.. ambulans pulak datang lambat, jadi Zahirah di angkat masuk ke dalam kereta Pak Cik Roslan ( ayah Ridhuan Haniff ) dan dihantar ke Klinik Rantau Petronas. semasa adik Zahirah diangkat, astaghfirullah..boleh nampak dengan jelas tulang betis keluar, bukan di sendi tapi memang tulang yang patah..Ana cuba call zakaria, tapi x angkat..

pelajar2 lain naik bas... ana x jadi ke sekolah, ana ikut ke klinik rantau... x sedap hati tengok keadaan adik sahabat.. ana dengan abang ana ke rumah zakaria untuk maklum kejadian ni..

adik kita Zahirah dibawa ke hospital Kemaman..Limpa rosak dan terpaksa di buang...berita yang terbaru ana dapat setakat jam 1.04 petang ni, keadaannya masih tidak sedarkan diri.sekarang di Hospital Kuantan. terdapat 3 tempat darah beku di bahagian kepala.

Doakan adik sahabat kita ini. Semoga Allah memanjangkan umurnya dan permudahkan segala urusan.

kepada Akh Zakaria, kami tumpang simpati atas apa yang berlaku dan Insya-Allah sama-sama kita buat solat hajat dan berdoa agar adik kita Zahirah selamat.

* satu perkara yang ana perasan ialah motor tu x pasang lampu.. dan sangat laju. penunggang motor tu hanya cedera ringan.

Selasa, 16 Februari 2010

kata-kata buat forever 17

  • Ade hari hari yang kita rasakan sungguh besar tekanannya...sehingga tekanan itu menghilangkan senyuman,keceriaan dan tenaga kita....Namun,sentiasalah positive dalam menghadapi hari-hari tersebu.Tekanan akan tetap datang dan dan mungkin akan bertambah berat.Ia sebenarnya satu proses untuk kita belajar menanganinya ..dan bukan lari daripadanya.Hadapinya dengan tenang,dan jangan lupa berdoa kepada Allah.InsyaAllah,kita akan jadi orang lebih cemerlang!!!sacrifice4d'sake of Islam!!!
  • Jika seseorang itu sampai kepada Allah s.w.t. melalui kematian,maka kematian itu adalah suatu kenikmatan....Tanda bahawa seseorang hamba itu rindu kepada Allah s.w.t. ialah ia sentiasa mengingati kematiannya..
  • Maka dia ingin mengujimu.Bila dia tidak makbulkan doamu,maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.Oleh itu,sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun kerana kasih-sayang Allah itu mendahului kemurkaannya...

Rabu, 10 Februari 2010

Resolusi Meeting

Assalamualaikum WBT!!!
Salam kecemerlangan diucapkan kepada saudara/i batch 92 sekalian!

Buat makluman semua, pada 6 Februari yg lepas, telah diadakan mesyuarat ad hoc Reunion II Batch 5 di SMI Al-Amin Kemaman. Yg hadir:
  1. Izzat B. Iqbal, Pengarah Reunion 2
  2. M. Irfan B. Bahrin, Pemangku Pengarah @ Bendahari 1
  3. Humaira' Bt. Abdul Malik, Timbalan Pengarah
  4. Ainin Sofia Bt. Roslan, AJK Protokol Batch
  5. Cik Norehan Bt. Mohd Syarif (selaku guru menemani meeting)
Antara perkara yg dibincangkan ialah tugas AJK, Bajet dan yuran, penceramah, program, makanan, dll.

Hasil keputusan perjumpaan tersebut adalah seperti berikut:
  • Urusan penceramah bagi setiap slot akan diurus oleh M. Irfan B. Bahrin.
  • Aminah dan Aqilah akan menguruskan bidang makanan dan BBQ.
  • Program untuk slot ice breaking, back up program akan dirangka oleh AJK Program.
  • Jemputan diurus oleh AJK Jemputan.
  • Peralatan & Teknikal, diurus oleh Banin (Zakaria? Faizwan? Naimin?)
  • Kebajikan dan Keselamatan cadangnya seorang Banat dan seorang Banin (Banat cadangnya Ukht Afifah)
  • Setiausaha akan menyediakan surat keizinan untuk menggunakan sekolah (SMIAAK sebagai tempat bermalam), serta borang soal selidik.
  • !! Adalah dimaklumkan juga dalam meeting tersebut bahawa M. Irfan B. Bahrin dan M. Munzir B. Muzahar tidak dapat hadir Reunion 2 kerana menyertai program yg lain yg tidak kurang pentingnya (HOPE GEN Y PEMIKIR).
Bajet program
  • Makanan RM 6 x 40 =RM 240
  • BBQ RM 5x 40 = RM 200
  • Penceramah RM 120
  • Peralatan RM 50
  • Cenderahati RM 2 x 40 = RM 80
JUMLAH RM 690
  • Tabungan batch sedia ada RM 200
  • Maka disepakati yuran RM 15 seorang
Juga telah dibincangkan lama sebelum itu tentatif Reunion 2 Batch:

JUMAAT, 19/2
5.30-6.30 Ketibaan peserta, check-in, pendaftaran
6.30-7.30 Dinner, kendiri, Maghrib
7.30-9.00 Solat hajat, kuliah, Isya', dll,
9.00-11.00 Slot 1 Tema : Perancangan Kewangan Kehidupan
11.00 Supper, tadarus + 15 minit, tidur

SABTU, 20/2
4.00-6.00 Kendiri, Qiamullail (individu dan jam'ie)
6.00-7.00 Subuh, Kuliah/ ma'thurat
7.00-8.30 Sarapan pagi, kendiri, riadhah(jogging ke pantai mungkin),
8.30-10.30 Slot 2 Tema: Menyambung Pelajaran ke IPT
10.30-11.00 Minum pagi
11.00-1.00 Slot 3 Tema : Kehidupan di IPT
1.00-2.00 Lunch, Zohor, rehat
2.00-5.00 Eksplorasi, perbentangan hala tuju, BBQ , penyampaian hadiah, bersurai

Diharap dapat memberi kerjasama yg maksima bagi menghasilkan program yang benar2 memberi manfaat optimum buat kita bersama.

Muslim In Black
a-strange-muslim.blogspot.com