Rabu, 21 Julai 2010

Perkembangan

Assalamualaikum WBT,

Setelah lama blog ini menyepi, sekadar memecah kesepian, perkembangan terkini dari sahabat kita Irfan Bahrin.

Sahabat kita ini akan menyambung pelajaran ke Jordan September ini (lepas raya), tetapi ada juga kemungkinan akan berlepas awal sedikit (Ramadhan mungkin?). Katanya waktu itu Jordan mula musim sejuk.. hehe..

Bidang yang diambil? Syariah, insya-Allah. Tapi katanya sebelum itu dia akan ambil kursus Bahasa Arab dahulu setahun di sana (di Amman, Jordan). Seterusnya baru sambung ke universiti (sama ada Universiti Yarmuk di Yarmuk atau University of Jordan, Amman).

Apa-apa pun doakan yang terbaik buat kita semua bersama.

Insya-Allah jika tiada halangan, blog ini akan diupdate lagi setelah lama menyepi.

Wassalam.

1 ulasan:

Muhammad berkata...

Amin.. di mana pun kita belajar, Islam memerlukan yang terbaik daripada yang terbaik. Umat tidak memerlukan sekadar lulusan syariah, engineering, medic, etc, tapi umat memerlukan PAKAR dalam bidang tersebut.

Ps. Jordan boleh bersalji.. Tapi rasa sayang pulak ke bumi Malaysia.. Huhu.

Catat Ulasan

Ayuh, lontarkan pendapat dan komen masing2.. bukalah minda anda..(^^,)